Tuesday, March 30, 2010

Amende lee Tok Elijebeh tu bule buat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku nak straight to the point terus amende aku yg nakkkkk sangat tulis kat sini sekarang..

Siang tadi aku argue dengan Guru Besar (GB) aku pasal sebutan THEME. Aku tanya dia pasal ujian lisan BI untuk budak2 kelas dia mengajo.. dia pun explain2 sampailaa tiba2 dia sebut "them". Aku tau dia tengah cakap pasal "theme" so aku immediately betulkan dia, "Theme".. dan dia pulak bersungguh2 jugak bgtau aku "them".. mula aku ingat dia bergurau tapi dia kata sebutannye betul. Aku pulak cakaplaa salah tu boss, sebutnye bunyi "thim" Aku mmg dengan muka konfiden giler laa ni sebut "thim" sebab dalam sepanjang hayat aku, aku tak penah dengar orang sebut THEME sebagai "them".

Tiba2 dia tanya aku, "kita major apa dulu?" (kita dalam konteks orang sini bermaksud kamu) aku terkedu, sebab aku akui masa kat maktab hari tu aku amik major Pendidikan Jasmani yang langsung tak ada kena-mengena ngan English. Kemudian sambung, "ni.. (sambil point diri sendiri) belajar Teaching In English Education nih." katanye mendabik dada sebab memang betul pun sekarang dia dah hampir habis menyambung degreenye dalam course tersebut. Aku ingat aku nak jer lawan riak ngan dia dengan yang aku telah ditrain oleh Mrs. Patricia Tan (I miss you Pat!) time kat Linksys hari tu, tapi aku tukar fikiran dan terus jugak cakap, sebut "thim". Sebab boss aku ni tengok aku ni keras kepala gak tetap nak menangkan sebutan aku (mmg aku keras kepala kalu aku rasa aku betul :P) dia kata pulak, apa dia sebut tu adalah berdasarkan pada Queen's English.

Aku nak jer sebut masa tu, "What the hell?" tapi tingat yg aku sekarang ni bukannye di kalangan kawan2 Linksys yang mmg selalu mengeluarkan ayat kurang ajar :D (WTF, sh*t, f**king dan macam2 lagi yg aku xmo ingat, tu irama di telinga jer masa kat Vads dulu.. huhuhu) Aku rasa aku ada cakap sesuatu lepas dia kata Queen's English tapi aku x ingat..

Tapi kat sini aku nak bgtau.. baik aku ataupun boss aku tu, x penah pun bercakap ngan Queen Elizabeth, Prince Charles, William, Harry, Edward, Zara, Phillips atau mana2 keturunan penjajah Tanah Melayu tu, so amende sangat nak puja dengan Queen's English? Adakah disebabkan Queen tu adalah tuan kepada tanah United Kingdom, maka kita kena ikut cara depa bercakap? Aku dah banyak kali dengar cerita dari orang2 yg pernah melawat UK, orang sana cakap English pun ada slang sendirik (macam laa kita cakap Melayu, ada loghat Terengganu, Kelate, Utagha, Brunei, Pahang, Indon) Pendek kata, Queen's English tu hanyalah salah satu slang yg digunapakai oleh orang2 Istana di sana.

Kalu kita tanya pada keluarga2 diraja di negara kita ni, adakah mempraktikkan bahasa istana ketika percakapan? Aku yakin diorang cakap tak! (Malah duk bangga lagi cakap omputeh macam diorang tu sebenarnye dilahirkan dengan rambut warna blonde.. huhu) Berapa kerap dalam lifetime kite dapat dengar Queen Elizabeth berucap? Adakah Queen akan menganugerahkan kita dengan pangkat Sir kalu kite dapat bercakap dengan slang Queen's English penuh lancar?? Tidoknyeeeeeee.. tok penoh dibuat oleh tok elijebeh tu pun.. :P

So.. dengan terang2 nye di sini saya sungguh tidak bersetuju Guru Besar menggunakan hujah "Queen's English" sebagai jawapan kenapa dia sebut THEME sebagai "them". Sila cari hujah lain untuk mematikan hujah saya di masa hadapan. Huahuahua

Sekian..

ngeh ngeh ngeh..

Selingan: Kamus Lawas
kita = kamu

1 comment: