Wednesday, March 31, 2010

Misteri Semut Laju

Assalamualaikum dan selamat malam Khamis..

Ummmmm.. aku baru jer lepas menyembur Ridsect ke arah beberapa kelompok semut laju yang ada di rumah aku nih. Semut laju adalah semut hitam yang halus tapi besar dan lari laju dan senang mati tu, yg tak menyusahkan orang sangat banding semut2 lain seperti semut kecik warna merah tu (suka masuk dalam air) dan semut api.

Sebelum ni, aku x berminat pun nak membunuh serangga2 yg dianggap penyelamat dari semut kecik merah tu (ni aku akan panggil semut degil). Mmg kalu nampak semut2 laju ni angkut telur diorang berhijrah ke tempat lain, aku wat derk jerk. Tapi sejak akhir2 ni, aku sedar diorang ni selaluuuu sangat duk mengangkut telur2 diorang kat toilet tu. Ada sekali tu diorang memanjat sampai ke siling dan berkumpul kat situ. Tah lee apa depa wat kat situ sebenarnye. Tapi sekejap jer, lepas aku masuk toilet.. tak sampai 5 minit semut laju ni dah tak ada kat atas, tapi abergerak ke kawasan lain.

Semut laju ni habitat dia.. urmmm.. aku pun tak ley nak berapa agak kat mana selalunye diorang akan berkoloni. Tapi rasanye depa suka duk kumpul dalam ruangan gelap yg luas, contoh celah bata dinding, belakang dinding kayu lapis (macam kat umah aku ni laa).. as long as ada celah, di situ laaa tempat depa akan menghuni. Masalahnye, depa ni x bole ada gangguan asing. Cuba kalu hangpa tiup sikit kat sarang depa, terus saja depa angkut telur2 putih depa dan belah cepat2 dari situ. Tak sampai 5 minit, sarang kosong. Hummm.. sesuai sangat lee dipanggil semut laju.. mmg serba laju.

Sejak akhir2 ni diorang kerap berpindah, dan aku perasan.. selain semut laju dan telur2nya, ada gak serangga2 hitam yg bole terbang dalam kelompok depa. Aku rasa tu semut2 yg high class sket dalam kelompok depa. Dan aku rasa leee.. sebab utama depa ni selalu sangat jadi nomad ni sebab cicak2 kat umah ni buat gangguan besar kat depa. Cicak2 tu mungkin berminat untuk ngap semut2 high class tadi sebab body semut hi-class tu beso lebih sket dari semut biasa. "Kira kalu dapat makan tu kenyang gak laa banding makan semut2 keding tu", kata seekor cicak yg ditemuramah. :P

Ni yang terbaru malam tadi, kira cam kelompok paling besar pernah aku tengok dalam rumah aku nih. Di dinding dapur, di siling dapur, di atas lantai dapur dan di atas lantai antara ruang tamu dan dapur aku. Memanggg sangat banyak. Biasanye, kalu aku nak diorang lari, aku tiup jer arah kelompok depa, terus bercerampa depa lari kulu kilir. Tapi kali ni, naik seram pulak aku tengok hitam jer dinding ngan siling.. baru aku perasan rupanye aku telah menyebabkan mereka membiak dengan begitu bnyk. Tujuan aku biarkan mereka stay dalam rumah aku ni (ayat macam depa bayar sewa ngan aku :P ) adalah sebab aku tak nak adanye kehadiran semut degil. Kalu ada semut degil, abihlaaa masuk dalam air rumah aku. Tu yg lagi geram.

But in the end, aku terpaksa gak menghunus Ridsect ke arah kelompok semut laju nih, dan membunuh sebahagian daripada mereka. Sebab aku takut penghijrahan mereka akan melarat pulak masuk ke dalam bilik aku. Aiyoooooo! Itu sudah melampau! Jadi, maafkan aku yee semut2 laju. Anda mmg dialu-alukan dalam rumah aku ni, tapi bila hangpa duk terlalu ramai dan duk main pindah sana-sini, itu sangat2 laa mengganggu penglihatan. Saya mmg tak ley buat apa pasal cicak tu, sebab saya mmg tak berapa berani nak bunuh cicak nih. Sekali lagi, maafkan saya wahai semut2 laju. Kali ni, benarkanlah saya untuk membuat segelas air untuk menghilangkan kelaparanku. Tolonglaaa berambus dari meja kat dapur tu. Huhuhuhu..

Sekian.

p.s.: Tengah aku menaip nih, tiba2 ada seekor cicak cuba menyelinap ke tingkap tepi aku nih, dan entah macam mana, terlalu pulak tangan aku ni menghentam cicak tu yg cuba bersembunyi di belakang plastik kertas yang aku gantung di tingkap. Koma terus cicak tu. Hihihihihi.. berjaya gak aku bunuh seekor cicak. :P
p.s.: Tadi terpaksa membunuh geng2 semut laju lagik.. tak tau apa matlamat diorang bawak telur2 diorang ke tepi2 dinding toilet, tapi sungguh mengganggu penglihatan.. dan nmpk macam diorang lagi besar dari sebelumnye.. salah pandang kuttt?

Selingan: Kamus Lawas
Semut padas/pedas = semut api
belusir = berlari

No comments:

Post a Comment