Tuesday, November 12, 2013

Segalanya baru... notttttt

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Alhamdulillah... selepas beberapa tahun tak update blog ni, aku masih ada di sini untuk meneruskan kata-kata. Dan selepas beberapa tahun ini, aku sudah pun bertambah matang, mempunyai keluarga baru, sekolah baru, tempat tinggal baru. Kereta aje belum baru. Masih lagi dengan Proton Savvy WPE tut tut tut tut tu... Yang kini selamat kembali ke Semenanjung Malaysia sejak Julai tahun ini.

Memandangkan aku sudah lama deactivate akaun Facebook, elok juga aku kembali aktif dalam blog supaya sesiapa yang ambil cakna pasal Damithah Mohamad ini, tahu apa yang berlaku padaku (sekiranya masih boleh aku menaip dan ada capaian Internet :D )

Sekarang aku tidak lagi bekerja di Sarawak, sebaliknya telah dipindahkan ke Terengganu. Sudah satu tanah dengan keluarga, tapi terpaksa berulang minggu memandangkan jarak sekolah dengan rumah adalah sejauh 100++ KM. Kini mengajar di Kerteh, dalam bandar Kerteh ini juga. Alhamdulillah, masa mula-mula lapor diri ke sekolah ini, colleague baru di sini terus memberi maklumat tentang kekosongan kuarters berdekatan dengan sekolah lain. Jadi tak payah dah nak kena cari rumah sewa, memandangkan kos menyewa di Kerteh ini agak melampau! (Maklum saja, kawasan orang minyak bekerja, semua benda mahal dari tempat lain)

Pada masa aku menaip entry ini, hari Selasa 12 Nov 2013, masih bersisa 2 hari lagi untuk menamatkan sesi persekolahan 2013. Jumaat ini sudah menikmati cuti sekolah <--- 6.="" ada="" aje.="" apalah.="" ayat="" balik="" biasanya="" bila="" boleh="" cuti="" dah="" dengan="" depan.="" di="" dihabiskan="" diri="" disiapkan="" diungkapkan="" duduk="" gembira="" jauh="" juga="" kampung="" ke="" kelas="" kena="" kerja="" lagi="" langsung="" malangnya="" masa="" masih="" mengajar="" murid-murid="" nak="" negeri="" ni="" p="" padahal="" peluang="" perasaan="" pergi="" perlu="" riang="" sarawak.="" sebab="" sekiranya="" sekolah.="" sekolah="" sendiri="" siap="" tahun="" tak="" tambahan="" tapi="" tempat="" terperap="" untuk="" upsr="" yang="">
In sya Allah, due untuk baby dalam perut ni lahir, 16 Disember 2013. Kalau baby jadi besar sangat, kenalah masuk hospital masa perut dah 38 minggu. Seboleh-bolehnya, lagi lambat beranak lagi baik sebab ada niat nak cuti lama-lama, sampai cuti bulan 3 tahun depan. Wahahahaha...

Wassalam.

P.S.: Sengaja takmo bagitahu nama sekolah sekarang. Tengah tunggu result tukar sekolah, entah dapat ke tidak. Taklah rasa tertekan sangat banding masa kat Sarawak dulu, sebab kat sini tiap-tiap minggu boleh balik. Tapi kalau dapat pindah, mudahlah jaga baby bersama-sama dengan abang. Kalau kat Kerteh ni, duk sorang-sorang je, jadi nanti jaga baby pun sorang-sorang.

Thursday, November 18, 2010

My dedication post to my previous boss.. and.. Selamat Hari Raya Haji korang!!!

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha... hari yang sangat mulia bagi mereka yang mengerti makna yang tersembunyi di sebaliknya..  dan hari untuk berehat bagi yang tidak faham apa yang ada di sebalik perkataan Haji, Korban dan Adha...

Sebagaimana yang aku alami ketika bersolat raya di Masjid Lawas tadi. Sebaik saja aku memberi salam dan berpaling ke belakang, kejutan yang aku alami bila melihat tiada siapa yang mengisi saf di belakang aku, sedangkan jemaah wanita agak ramai. Ketika itu, aku berada di saf kedua di bahagian wanita bersolat (tingkat atas). Kemudian, kejutan kedua aku.. masjid seolah-olah bertukar menjadi pasar. Jemaah wanita yang tidak menghormati masjid, dan tidak tahu yang mulut harus ditutup ketika khutbah dibaca, terusan bercakap tanpa henti. Aku sangka mereka akan mengangkat kaki, rupanya sampai habis khutbah, khutbah mereka juga turut berlangsung. Hinggakan aku sendiri tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba disampaikan oleh Imam yang berada di atas mimbar. Ingin saja aku berpaling ke belakang melihat mereka dan memberi jelingan tajam, tapi langkah itu mungkin boleh buat aku makin berasap sebagaimana yang aku rasa masa solat Terawih di Ramadhan yang lepas.

Esok Khamis, lusa dah Jumaat.. hari terakhir persekolahan dalam sesi 2010 ni. Ada sekolah lain yang sudah pun mula bercuti hari ini. Ohhh... nak buat macam mana? Aku berada di sekolah yang penuh 'dedikasi', 'komited', dan penuh rasa 'ketanggungjawaban' Ahhh.. malas nak fikir hal sekolah. Asyik buat rasa nak marah saja. Ada-ada saja perkara yang boleh buat aku rasa gatal mulut untuk membalas balik setiap apa saja yang aku dengar atau lihat. Tapi, aku telah dilatih untuk menjadi 'komited', 'dedikasi' dan penuh rasa 'ketanggungjawaban'. Jadi baik saja didiamkan.

Dulunya aku rasa aku patut 'musnahkan' blog ini. Tapi lepas fikir dan fikir dan fikir, ahh.. buat apa aku fikir lebih-lebih tentang orang yang membaca blog aku ini. Kalau ada yang terguris perasaan, boleh dia nyatakan terus padaku. Kalau sekadar memerli, I would like to consider that he's dumb enough for being cynical. Yeappp! Dumb enough. :evil:

Aku teringat pada Jason Law, bekas Project Leader aku di MRCB dulu. Dia memang garang pada tempatnya. Kalau aku ada buat silap, terus saja dia tegur. Kalau banyak kali pula silap aku itu, terus saja dia tengking aku depan orang lain. Malu memanglah malu, tapi tika ini aku berterima kasih pada Jason sebab menjadi seorang ketua yang baik. Sekurang-kurangnya dia jujur, dia tunjuk silap aku walaupun dengan perasaan yang membuak-buak marah. Ada tika pula, walaupun aku mendapat kejayaan yang sekelumit saja, tapi dia tetap mengucapkan tahniah ataupun kata-kata galakan supaya lebih merangsang aku untuk beri dia lebih banyak kejayaan. Sampai bila-bila pun aku akan ingat dia menyebut nama aku yang memberi idea menggabungkan semua sistem yang digunapakai dalam MRCB sekarang, bukan nama orang lain. Dan sampai bila-bila pun aku akan ingat dia puji bihun goreng yang aku buat lebih sedap dari yang kami makan di open house Bank Islam. Kebetulan pula majlis Hari Raya Jabatan IT MRCB sama hari dengan Bank Islam. :D (Bukan nak puji aku pandai masak naaa... cuma aku appreciate sangat kalau dia cakap sebab dia memang betul-betul jujur - agaknya aku ada terwaris sikit 'kejujuran' dia tu)

Dan sampai sekarang aku tidak akan menjawab 'tidak tahu' atau 'I don't know' sekiranya aku masih boleh menyatakan apa yang aku tahu. (Lainlah kalau memang benar-benar aku tidak tahu) Sebab itu ada saja jawapan dari mulut aku walaupun yang tidak menjawab soalan langsung, sebab aku sendiri terlupa untuk menjawab 'tak tau' atau 'donno'. (Tapi kalau datang malas aku nak layan sesiapa, keluar saja ayat keramat tu - ayat penghalau namanya :P )

Terima kasih banyak Jason. I'm sorry for troubling you so many times, especially when you had to deal with Mr. Ho... the truth is, you are not my nightmare, but Mr Ho is and still is.. so scaryyyyy!

Dan korang... Selamat Hari Raya Haji. Teruskan takbir sehingga hari Sabtu...

Tuesday, April 20, 2010

P L L P L L P L

Assalamualaikum..

padahal baru tadi aku coretkan apa yang aku fikir (masa tu laa) then tengah duk boring2 ni (sambil duk dengar suara2 sumbang orang berkaraoke) tiba2 teringat pada adik2 aku...

Hari ni aku hantar SMS pada Angah, Lut, Anah, Hud dan Nuh, mintak nombor IC depa untuk diisi dalam borang tapisan keselamatan. Bagai rasa tak percaya dalam diri seorang kakak hampeh macam aku ni, betapa adik-adik aku ni semuanya submit IC masing2 (kecuali Nuh, sebab aku sendiri kompius dia pakai nombor tepon yang mana satu, dan mungkin dia takdak kredit - tapi dia boleh pakai kredit mak aku.. hmmm.. salah nombor tepon laa tu :P )

Aku akui, aku memang seorang kakak yang hampeh. Aku tak pandai nak cakap lebih2 ngan adik2 aku. Aku ni cam style ayah aku, ngan family kurang bercakap tapi dengan orang lain hu ha hu ha. Lut, Hud dan Nuh pandai merangsang aku untuk bercakap banyak, Angah pulak cakap marah2, ngan Anah pulak aku yang marah2 sebab aku sebenarnya aku tak reti nak cakap cara baik ngan dia, heart to heart? Eeeyyyeewwwww.. sebab tu kalu dia tanya aku pasal "laki aku" (Encik M laa tu), lagi aku putar belitkan dia ada laa, sampai terasa gila2 dia ngan aku.. huhu.. kejamnye aku.. tapi masa aku ngan ex aku dulu, dia orang kedua tahu aku ngan ex aku, sebab dia pun follow sama gi Taiping time tu. Sebab tulah dia beriya2 belikan aku kain satin dan lace, untuk baju tunang mak aku kata. Tapi last2 pun x jadi apa pun aku ngan ex aku tu. Bersyukurlah Anah weiii.. Zul tu sikit habuk dok ingat pasal mum masa aku tanya dia hari tu, padahal mamat tu laaa hok susoh2 format laptop mum, pastu anta sampai ke Bangi. Mum nak orang gitu jadi abang ipar mum???

Adik aku lagi 2 orang, Fahim dan Uzir. Mesti Fahim masih lagi dibuli hari2 oleh Nuh dan Uzir. Kadang tu aku rasa lawak gak bila tengok Fahim buatkan air susu atau air sirap, oren, laici (bergantung pada selera Uzir masa tu) padahal orang tu dah masam cattung membangkang. Dan pulak tu, kadang2 tu Uzir sendiri lagi suka air yang dibuat oleh adik aku yang berusia 10 tahun tu dari air yang aku buat, sebab dah kena dengan selera dia. Fahim suka memberontak sebab ramai sangat yang membulinya (Lut, Hud, Nuh dan Uzir), Uzir pulak budak tadika yang nakal nak mampus!! Habislah mana2 harta aku yang ada kat rumah tu, kalau sampai di tangannya. Entah2 kereta remote control yang aku nak bagi kat dia ni (aku dapat free dari agen kredit kad) sekejap jer hancur dalam genggamannya. Harap2 laa bila dah jadi budak pra sekolah umur 6 tahun ni, perangai dia berubah sedikit. Insya Allah. Sedangkan aku yang nakal sampai kena piat2 ngan orang gaji dan sepupu aku time kecik ni boleh berubah jadi sekarang, mestilah adik aku yang memegang rekod paling nakal tu pun boleh berubah gak. Kang kang kang? :P

Yang uniknya keluarga aku ni (yg mungkin aku tak boleh buat pun nanti).. kami ni ada klon masing2, cuma mungkin tak serupa sebab jantina. Cuma Angah ngan Nuh jer obvious nampak keklonannya sebab sama2 gelap, sama2 kepala bulat, birthday pulak sama tarikh lain tahun. Perangai ngan otak jer lain. Klon aku adalah Hud.. kalu Hud tak main panas dan tak makan banyak masa kecik dulu, mesti dia hampir menyerupai aku :P, Klon Lut pulak adalah Fahim, tapi tah kenapa.. Fahim makin gelap.. dan klon Anah adalah Uzir. Dan bak kata aku tadi, kalau sama jantina, mesti ciri2 pun lebih nampak sama. Tapi sebab uniknya keluarga aku, anak ayah aku adalah.. P>L>L>P>L>L>P>L.. pompuan laki laki pompuan laki laki pompuan laki. Even doktor pun tanya ayah aku camne ley wat pattern camtu sebab biasanya pun P>L>P>L>P>L>P>L jer pun.. Masa mak aku nak beranakkan Fahim, sume orang masih tak dapat teka anak yang dilahirkan adalah pompuan atau laki. Tapi lepas Fahim lahir, sume orang nampak pattern kelahiran anak ayah aku ni, sebab tu bila Uzir bakal dilahirkan, sume orang teka dengan betul yang itu adalah anak lelaki. Dan andai kata mak aku beranak lagi sorang, mesti sume akan kata anak tu pun adalah lelaki. Nak jugaklaa aku kalu mak aku nak beranak lagi sorang, tapi mak aku skrg ni mengharapkan pada aku jer untuk bagi baby baru dalam keluarga.. :P

Kesimpulan tentang adik2 aku...
Angah - suka marah2, banyak agenda luar
Lut - pandai bersosial, rapat ngan sepupu2 kat Marang banding adik-badik yang lain
Anah - selalu aku gaduh ngan dia dulu, tu yang aku jadi agak penyegan nak cakap lebih2 ngan dia..
Hud - kira cam adik aku yang paling banyak aku share, even aku lah yang temankan dia pergi ke UPSI untuk interview, kemudian masa dia masuk UPSI (masa ni sekali dgn ayah aku).. bangga jugaklah bila adik aku ni cari aku untuk bagitau masalah dia walopun aku tak ley nak tulung pun :P
Nuh - adik aku yg ni bijak tapi tikut sindrom malas Lut sikit2, sebab tu bnyk buli Fahim wat itu ini itu ini. Skrg ikut jejak aku masuk SMKA Tok Jiring.. terpulang pada dia sendiri untuk pindah sekolah atau tak lepas ni.
Fahim - ni anak pompuan mak ayah aku yang paling lawa dalam keluarga aku.. aku kadang2 kagum ngan hidung dia yang comel, pastu ada taik lalat bawah mulut dia, dan ada lesung pipit. Aku jelessss sebab aku xde, tapi dia nyer self confidence teruk lepas kena buli teruk ngan abang dan adik dia. Kalu bab amik gambo, dialah orang nombor 1 lari dari kamera. :P
Uzir - ni paling nakal, paling wat perangai, paling buas, paling lambat dalam bab belajo.. sebab dia laa bongsu kang, dan pulak orang2 lain selain adik badik dia seperti sepupu dan anak2 sepupu aku (yg lagi tua dari dia) bagi perhatian pada dia, tu yang naik mua tu. Pulak tu, ayah aku yang jaga dia lepas ayah pencen, tu yang perangai Uzir lain sikit dari adik badik lain. Ayah pun bnyk manjakan dia, beli ini itu ini itu. Sebab tu kalu adik aku ni nampak bangunan Mydin, dia ley meracau2 dalam kete suh ayah aku drive ke sana. Adeilaaa..

Amende2 pun.. aku sayang adik2 aku walau macam mana pun perangai diorang. Harap xde perasaan jeles dahlah.. tu yang paling bahaya sekali dalam hubungan adik beradik.

p.s.: Sebenarnya, anak yang paling pelik dalam keluarga aku adalah aku sendiri :P

Topik boring!!!

Assalamualaikum dan salam sihat kepada semua..

Apa yang aku fikir pada masa ini adalah.. apa yang sedang dibuat oleh Encik M di atas katil di wad dia berada sekarang.. aku rasa dia tidur kut? Pelik jugak bila orang yang kerap tidur macam dia ni (dalam tempoh sakit sejak minggu lepas) tapi darahnya naik mencanak tinggi. Sebab adik aku Angah, darahnya turun rendah sebab banyak tidur selepas SPM hari tu. Mungkin cara tidur Encik M tak berapa betul kut sampai tak boleh menghilangkan sakit kepalanya? Atau apa kah? Oohhh.. bimbang sangat tentang kesihatannya. Saya memang nakkkk sangat berada di sebelah awak sekarang, dan tolong apa saja yang saya boleh tolong untuk buat awak sembuh balik. Saya nak dengar awak buat lawak yang akhirnya membuat saya ketawa tak berhenti. Rindu sangat dengan awak Encik M.

Kedengaran bunyi muzik dan suara sumbang berdentum-dentam dari arah jalan raya sana. Rumah besar warna pink tu sedang mengadakan karaoke tiap-tiap malam, dalam meraikan kemeriahan majlis pernikahan anak bujang depa ngan orang Marudi. Hari Ahad ni barulaa habis dentum-dentam tu. Nasib baiklah rumah aku ni tak lah sedekat macam rumah Pak S atau rumah anak2 murid aku yang betul2 sebelah rumah besar tu. Memang gedabak punya besar rumah pink tu, dahlah dua tingkat, anak2 pulak dah merantau ke tempat lain. Tinggal sorang jer anak bujang kat rumah tu, itu pun mak ayah dia gajikan dia untuk tinggal di rumah tu. Ishhh... kalu aku laaa.. mak aku gajikan aku untuk tinggal di rumah, memang aku nak!!! Siap bagi kereta, belikan apa yang diingini.. tinggal tunaikan syarat tolong bawak gi mana2 dan stay kat rumah jer. Tapi orang2 kat sini, mana yang kaya tu, memang akan manjakan anak2 mereka gila2 punya! Tikut2 perangai orang Brunei yang kaya-raya, sume anak jadi debab2, lepas tu anak2 malas nak kerja pun mak bapak cool ajer.. duit banyak, bukan boleh bawak kubur pun. Baik sumbat jer pada anak2 dan jangan bagi depa kerja. Ish ish ish... x patut.. x patut..

Umm.. banjir hari tu.. naik paras betis aku atas jalan depan rumah aku. Tapi esok pagi hari Isninnya, air dah surut, jadi terpaksalah bersekolah. Inilah masalahnya sekolah aku ni. Berada di dalam "longkang", kawasan tanah rendah. Walau sedalam mana pun longkang digali kat tepi jalan luar sana tu, kalu air sungai melimpah, mmg akan membanjiri kawasan sekolah dan kuarters aku ni jugak. Aduhaiii.. sepatutnya, sebelum sekolah tu dibuat (bangunan sekolah sekarang adalah bangunan baru yang dibina dalam tahun 2000), tanah sepatutnya ditambak tinggi-tinggi, barulah cucuk cerucuk bina sekolah. Tapi memang orang sini tak tambak tanah kut, tu yang bnyk rumah kena banjir. Rumah2 yang baru dibuat sekarang ni jer yang mula tambak tanah, tu pun sebab nak elak banjir bila dah banyak kali banjir berlaku. Aku pernah gak tengok kat kawasan Chendering, Pahang. Kenapa rumah2 di sana kerap kena banjir, sebabnya "dok tambun tanoh", kata orang Terengganu. :P

Boringnya topik aku malam ni, tapi tulah amende yang aku fikir.. hahahahaha :D

Encik M, cepatlah sembuh. Jangan fikir over sangat. Segala masalah ada penyelesaiannya. Mungkin saya tak boleh nak setelkan masalah awak, tapi saya akan cuba tolong sedaya-upaya untuk kurangkan sedikit berat masalah awak tu.

Sunday, April 18, 2010

Banjir oooo banjir..

Assalamualaikum dan salam pagi Ahad...


Sudah lebih 4 hari aku tidak mencoretkan apa yang aku fikirkan... Sebab pertama aku berada di Limbang selama 3 hari, dan aku tidak dapat berfikir dengan tenang bila ternampak orang lain yang sebilik dengan aku. Terus saja kaku adrenalin di dalam salur hormon untuk meneruskan kerja menaip. Sebab kedua pula, sejak balik hari Jumaat hari tu, fikiran aku agak kacau sebab aku agak berebut2 untuk menyudahkan segala benda yang aku mahu buat. Mungkin juga sebab semalam aku bnyk menghabiskan waktu dengan tidur dan menonton filem yang aku muat turun sebelum aku pergi ke Limbang hari tu.


Dan hari ni, aku bersemangat kembali untuk menulis selepas mengharungi sedikit air banjir untuk mengalihkan kereta ku dari garaj parkir keretaku sebab air sungai naik. Air yang datang dari hulu bercampur dengan air dari hujan lebat semalam, menyebabkan kawasan rumah aku dipenuhi air. Harap-harapnya, longkang atau parit yang baru dibuat sebelum ni berjaya menyalurkan air banjir ni ke kawasan lain dan terus masuk ke laut sebab aku akan susah hati pasal Encik Savvy aku yang akan menjadi mangsa banjir sekiranya aku terlambat.


Pagi tadi, pukul 3 pagi, pak gad sekolah aku ni dah gerakkan aku bagitau air sedang naik. Tapi aku belum mahu mengalihkan kereta sebab masih terlalu awal. Boleh pulak orang tua tu membebel bertanya kenapa aku tidur dalam gelap, tidak memasang satu lampu pun dalam rumah aku ketika tidur waktu malam. E'eh orang tua ni! Ikut suka akulah nak tidur dalam keadaan apa pun! 4 5 kali dia tanya soklan sama walaupun aku sudah jawab, "Saya suka tidur dalam gelap!!!" Aaiiihhh! Dah 8 bulan aku tinggal di rumah ni sorang2 diri, hari ni baru nak tanya kenapa aku tak pasang lampu time tido! Ishhh! Tak kena tempat betul soklan dia nih!


Bangun pukul 5.45 pagi tadi pulak, alarm aku berbunyi dan masa tu jugak laa aku dengan "mak angkat" aku bagitau air sedang naik. Aku pun menjawablah, "Ya ya ya!" Bergegas bangun tengok luar tingkap, ternampak jugaklah imej cahaya pantulan pada air yang sedang menghampiri kereta aku. Makcik tu membebel lagi cakap alihkan kereta aku. Aku pun balas balik...! "Kejap! Kejap! Saya nak solat dulu!" Dia bebel lagi, terpaksa aku menguatkan suara aku untuk memberitahunya apa priority utama yang aku perlu buat masa tu. Lepas makcik tu, pak gad tu pulak bersuara suruh alih kereta. Sekali lagi terpaksa aku menggunakan suara tinggi untuk memberitahu yang aku nak solat dulu, sebab Syuruk adalah pukul 6.14 pagi.


Nasib baik kereta aku tidak tersekat dek tanah lembut ketika mengundurkan keretaku tadi. Aku sekadar mengalih keretaku naik ke kawasan bertar di sebelah rumah, sebab kawasan tu tinggi sedikit. Kemudian aku termenung atas tangga rumahku, tak tau nak buat apa. Pak gad tu sarankan aku pergi ke Lawas. Aiihhhh! Aku belum puas untuk berlingkar di atas katil. :'(


Tuesday, April 13, 2010

Kontrol dengan penuh perasaan.. :P

Assalamualaikum dan salam tengah malam...

Esok aku akan bertolak ke Limbang pada petang hari selepas sekolah, untuk menghadiri Kursus Profisiensi Bahasa Inggeris selama 3 hari. Mungkin takkan ada talian Internet nanti (sebab dalam lampiran surat, diberitahu bawakan wireless broadband, kompem aku tak ada tu). Tapi kalau dapat pinjam sape2 punya, nanti aku akan update saja apa yang berkaitan. Selalunya, mesti buka Facebook dan webpage NRU. Kalau ada apa-apa cerita best untuk dikongsi, just SMS me. Okay? :D

Okaylah... mengantuk sangat. Selamat malam

p.s.: pergghhhh! Paling pendek nih!

p.s.: Encik M masuk wad siang tadi.. mungkin migrain dia teruk sangat sampai jadi demam kut? Encik M... ada apa-apa masalah, janganlah difikir seorang diri. Dunia ni bukan dicipta untuk seorang manusia, tapi berbilion-bilion insan yang boleh mendengar dan membantu seandainya orang lain menghadapi kesukaran untuk berbuat sedemikian. Lain kali saya akan cerita pasal saya mendapat bantuan dari seorang yang betul2 asing dan langsung saya tak kenal, tapi Alhamdulillah... saya selamat sehingga kini.

Moga sembut cepat dan jaga kesihatan elok-elok. Love you! :">

Monday, April 12, 2010

Aku masih seorang anak dara.. :)

Assalamualaikum dan salam dari tempat yang sedang berhujan ni..

Aku duk terpk2.. pasal pengalaman aku bermalam di dalam surau di pekan Simpang Renggam tahun 2000.

Ceritanye? Semuanya bermula bila aku membuat keputusan untuk menghabiskan cuti 3 hari di rumah bapa sepupuku yang tinggal di Simpang Renggam, Johor. Masa tu aku sudah 4 5 bulan belajar di UTM, tahun 2000. Malam tu aku beriya2 untuk menghubungi bapak sepupu aku, Cik Run, sampaikan dalam perjalanan pulang dari kelas programming Pascal(1), aku terjatuh ke dalam longkang sedalam 2 meter yang berada di sebelah blok asrama aku tinggal di KRP(2) tu. Bila dah jatuh dalam longkang tu, barulah aku tau selama ni longkang yang aku langkah itu dalamnya sebanyak tu. Masa aku terjatuh tu, kawanku Khansa yang tolong melambatkan momentum aku jatuh ke dalam longkang tersebut, menyebabkan lengan dia yang luka, dan aku pulak selamat, sihat walafiat dalam longkang tu. Nasib baik tak ada air, sebab aku sendiri memang tak suka tersentuh air longkang. Sebab terkejut, atau mungkin bila berada dalam longkang suara kite akan menjadi lebih kuat dari biasa.. datanglah beberapa orang member2 lelaki yang duduk berhampiran dengan blok kami tinggal, datang menjenguk apa yang berlaku dalam longkang tersebut. Siap ada sorang mamat tu tanya lagi, "nak saya hulur tali ke?" Agaknye kalu aku ni lemah, mesti aku dah menangis dalam longkang tu sebab terasa sangat asing berseorangan di dalam longkang yang dalam dan panjang macam tu. Aku dapat memanjat longkang tersebut dengan bantuan lubang2 paip dalam longkang tu. Nasib baiklah aku pakai seluar pergi ke kelas malam tu, kalu x...! Entahlah.. biasanye kalu siang2 hari aku pakai baju kurung jer ke kelas.. huhu.. sebab bekas pensel aku terjatuh dalam longkang tu, jadi aku turun kali kedua untuk mengambilnya. Kesian, bekas pensel aku kena air longkang yang mengalir sedikit. Ish ish ish...

Masuk dalam bangunan asrama, aku ngan kawan2 sekelas aku duk tergelak sebab mmg lawaklaa bila tengok seorang minah jatuh dalam longkang nih. Kawan2 lain terpinga2 tak faham kenapa kami semua duk gelak2 pasal masuk longkang. Agaknya, tak ada siapa tahu yang longkang tu mmg sedalam tu. Bila dah rasa sendiri ni, barulaa tau jangan kaki semeter nak menduga dalam longkang.. :P

Then aku terus ke pondok telefon untuk menghubungi mak aku, untuk mendapatkan nombor telefon Cik Run. Dah dapat tu, terus saje call bapak sepupu aku tu, dan menyatakan keinginan untuk bermalam di rumah dia dalam 3 hari. Dia on saja, dan mintak aku salin jugak nombor telefon rumah mertuanya yang terletak di Benut. Tapi aku tak bawak pen dan kertas masa tu, jadi langsung aku wat derk saja, sebab yakin takkan ada apa2 masalah yang akan berlaku dalam perjalanan aku ke rumahnya nanti.

Pada hari yang dimaksudkan, aku bawak beg pakaian yang agak besar jugaklah(3), dan naik bas ke Stesen Bas Larkin, kemudiannya naik bas ke Simpang Renggam. Tambang bas henti2 ke Simpang Renggam adalah RM4.10 time tu. Dan memang duit aku pegang masa tu cukup2 untuk sekali perjalanan ke Simpang Renggam, dan 2 3 ringgit saja lagi untuk menghubungi Cik Run bila sampai ke pekan kecik tu nanti. Bila dah sampai sana, terus saja aku call rumahnya, tapi disambut oleh voicemail. Pelik jugak aku bila telefon rumah dijawab voicemail, tapi aku tinggalkan mesej dan terus menunggu di hentian bas kecik kat pekan tu. Hari hujan masa tu, dan aku pulak berbaju kurung(4). Aku menunggu dan menunggu sampai sejam lebih sudah berlalu. Pelik bila bapak sepupu aku tak muncul2, sebab rumah dia bukanlah jauh sangat dari pekan Simpang Renggam, cuma jalan ke rumahnya tu agak teruk sebab rumah dia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.

Aku pergi balik ke pondok telefon untuk menghubungi dia, tapi terus saja panggilan aku dijawab suara pompuan yang langsung aku tak kenal siapa, yang pasti dia suruh aku tinggalkan pesanan untuk tuan punya telefon. Pelik nih... Sepanjang aku telefon orang, tak pernah pulak ada voicemail. Semuanye tut tuttt.. tut tutttt.. tp yang ni langsung tak ada tut tuttt. But then aku terus tunggu bapak sepupu aku.. terus menunggu dan menunggu sampai leee pukul 5 petang(5). Dah banyak kali aku telefon, x pernah aku dengar suara Cik Run atau Cik Noor atau Hakimi atau Ain. Batang hidung diorang pun langsung aku tak nampak. Aku mula diserang perasaan bimbang, sebab hari makin petang dan hujan pulak macam xde tanda nak berenti. Nasib baik bukan hujan lebat. Orang2 yang ada di hentian bas tu pulak makin kurang. Dan akhirnya aku buat keputusan untuk pergi bersolat di surau yang berdekatan dengan hentian bas tu.

Lepas solat, aku berniat untuk balik semula ke hentian bas, tapi aku takut bapak sepupu aku tu tak datang2 jugak. Beg aku pulak berat untuk diangkut ke sana-sini. Selalu aku jenguk ke bus stand tu, kalu2 ada ternampak batang hidung Cik Run, tapi tak ada. Masa makin berjalan,  aku telefon lagi nombor rumah Cik Run dan bagitau dekat perempuan voicemail tu yang aku menunggu bapak sepupu aku di surau dekat ngan bus stand tu, dan berharap yang pompuan tu akan sampaikan pesanan aku. Selain dari tepon Cik Run, aku jugak tepon mak aku untuk bagitau apa yang berlaku. Duit aku makin berkurang, dan aku langsung tak beli makanan sebab nak guna duit tu untuk tepon lagi dan lagi. Dan aku terus berada di surau tu sampai ke Isya'. Ada jemaah lelaki yang datang berjemaah di surau tu, tapi langsung tak ada jemaah perempuan. Walaupun surau tu bangunan konkrit, tapi tandasnya pulak macam nak roboh. Tapi terpaksa gak laa aku guna toilet tu walopun rasanye takde lampu dalam toilet tu. Last2 aku buat kesimpulan yang bapak sepupu aku takkan datang langsung, dan aku kena gak bermalam di surau tu. Aku duduk jer dalam surau tu, dan yakin yang surau tu akan dikunci oleh penjaga surau tu, tapi aku takkan berganjak dari situ!

Pakcik penjaga surau tu ada menjenguk dalam bahagian tempat solat wanita, dan nampak aku yang duduk saja di situ. Aku takut nak bercakap ngan dia, jadi aku diam jer. Agaknya dia faham situasi aku, jadi dia terus kuar dari surau dan mengunci pintu utama surau tu dan membiarkan saja aku di situ. Rasanye, pintu masuk ke bahagian wanita tu kena dikunci dari dalam, bukan dari luar. Sebab serasanye, mmg aku kunci pintu surau bila aku nak tidur. Aku tutup semua lampu dalam surau tu, dan bersedia untuk tidur di dalam surau tu, berbantalkan kain2 telekung dan berselimutkan kain telekung solat jugak. Memang sedih jugak sebab terpaksa bermalam di situ, sepatutnye aku boleh balik ke JB semula, tapi dengan syarat aku kena ambik duit dalam BSN, dan aku tak tau di mana mesin ATMnya di situ, dan aku tak larat nak bawak beg masa tu. Tapi, dah ditakdirkan aku tidur dalam surau sorang2 diri malam tu.

Esok pagi, aku terjaga dari tidur bila dengar pintu surau dibuka. Terus saja bangun dan memakai tudung, takut ada yang mengintai pulak. Then aku sama2 bersolat Subuh. Hanya selepas tu, aku betul2 buntu tak tau nak buat apa.. air mata aku mengalir akhirnya(6). Aku menangis semahu-mahunya, sebab aku langsung tak ada duit untuk makan atau pulang, aku terdampar di tempat yang aku langsung tak kenal, aku betul2 buntu! Hari makin siang, bila Imam surau tu menjenguk ke dalam bahagian wanita itu. Dia bertanya kenapa aku ada di situ, dan tengok aku menangis. Dia kata surau tu perlu dikunci takut ada budak2 nakal yang datang membuat kacau di dalam surau tersebut. Melihatkan keadaan aku, dia mengajak aku ke rumahnya. Bila dilihatnya aku ragu2 dengan ajakannya, sebab aku sendiri tak kenal siapa dia, terus dia kata dia akan pergi ambik anak perempuannya untuk pujuk aku ke rumahnya. Alhamdulillah, ada jugak insan prihatin dengan nasib seorang anak dara yang terdampar di sebuah pekan kecil macam tu.

Lepas ni ajer aku ceritakan apa yang berlaku seterusnya. Dah pukul 12 malam ni, selamat malam. Harap korang tak diserang oleh kesuraman hari Isnin esok hari :D

nota kaki:
(1) - lecturer tu terpaksa buat kelas waktu malam sebab dia selalu takde kat Skudai, terpaksa berulang-alik ke UTM Semarak
(2) - sungguhlaa aku tak suka tinggal di KRP - banyak pengalaman pahit!!!
(3) - memang tebiat aku dulu2 bawak beg pakaian besar2, penuh ngan baju2 yang mungkin aku tak pakai. Skrg jer baru pandai nak pakai beg galas atau beg2 kecil untuk isi baju
(4) - aku pun x ingat kenapa aku pakai baju kurung masa tu, tapi zaman aku di UTM memang banyak pakai baju kurung. Mungkin sebab belajar Sains Komputer ni aku agak rileks, dan tak perlu menjadi lasak dan bergerak ke sana-sini. Mungkin jugak aku baru lepas kelas masa tu..... tapi aku ingat aku pakai baju kurung keesokan harinya, jadi mungkin aku bawak baju kurung gak dalam beg aku tu.. :P
(5) Aku tak ingat aku sampai di situ pukul berapa
(6) Memang bila aku buntu untuk menyelesaikan sesuatu, samada aku akan jadi macam orang gila bergerak sana bergerak sini, ataupun menangis semahu2nya