Assalamualaikum dan salam dari tempat yang sedang berhujan ni..
Aku duk terpk2.. pasal pengalaman aku bermalam di dalam surau di pekan Simpang Renggam tahun 2000.
Ceritanye? Semuanya bermula bila aku membuat keputusan untuk menghabiskan cuti 3 hari di rumah bapa sepupuku yang tinggal di Simpang Renggam, Johor. Masa tu aku sudah 4 5 bulan belajar di UTM, tahun 2000. Malam tu aku beriya2 untuk menghubungi bapak sepupu aku, Cik Run, sampaikan dalam perjalanan pulang dari kelas programming Pascal(1), aku terjatuh ke dalam longkang sedalam 2 meter yang berada di sebelah blok asrama aku tinggal di KRP(2) tu. Bila dah jatuh dalam longkang tu, barulah aku tau selama ni longkang yang aku langkah itu dalamnya sebanyak tu. Masa aku terjatuh tu, kawanku Khansa yang tolong melambatkan momentum aku jatuh ke dalam longkang tersebut, menyebabkan lengan dia yang luka, dan aku pulak selamat, sihat walafiat dalam longkang tu. Nasib baik tak ada air, sebab aku sendiri memang tak suka tersentuh air longkang. Sebab terkejut, atau mungkin bila berada dalam longkang suara kite akan menjadi lebih kuat dari biasa.. datanglah beberapa orang member2 lelaki yang duduk berhampiran dengan blok kami tinggal, datang menjenguk apa yang berlaku dalam longkang tersebut. Siap ada sorang mamat tu tanya lagi, "nak saya hulur tali ke?" Agaknye kalu aku ni lemah, mesti aku dah menangis dalam longkang tu sebab terasa sangat asing berseorangan di dalam longkang yang dalam dan panjang macam tu. Aku dapat memanjat longkang tersebut dengan bantuan lubang2 paip dalam longkang tu. Nasib baiklah aku pakai seluar pergi ke kelas malam tu, kalu x...! Entahlah.. biasanye kalu siang2 hari aku pakai baju kurung jer ke kelas.. huhu.. sebab bekas pensel aku terjatuh dalam longkang tu, jadi aku turun kali kedua untuk mengambilnya. Kesian, bekas pensel aku kena air longkang yang mengalir sedikit. Ish ish ish...
Masuk dalam bangunan asrama, aku ngan kawan2 sekelas aku duk tergelak sebab mmg lawaklaa bila tengok seorang minah jatuh dalam longkang nih. Kawan2 lain terpinga2 tak faham kenapa kami semua duk gelak2 pasal masuk longkang. Agaknya, tak ada siapa tahu yang longkang tu mmg sedalam tu. Bila dah rasa sendiri ni, barulaa tau jangan kaki semeter nak menduga dalam longkang.. :P
Then aku terus ke pondok telefon untuk menghubungi mak aku, untuk mendapatkan nombor telefon Cik Run. Dah dapat tu, terus saje call bapak sepupu aku tu, dan menyatakan keinginan untuk bermalam di rumah dia dalam 3 hari. Dia on saja, dan mintak aku salin jugak nombor telefon rumah mertuanya yang terletak di Benut. Tapi aku tak bawak pen dan kertas masa tu, jadi langsung aku wat derk saja, sebab yakin takkan ada apa2 masalah yang akan berlaku dalam perjalanan aku ke rumahnya nanti.
Pada hari yang dimaksudkan, aku bawak beg pakaian yang agak besar jugaklah(3), dan naik bas ke Stesen Bas Larkin, kemudiannya naik bas ke Simpang Renggam. Tambang bas henti2 ke Simpang Renggam adalah RM4.10 time tu. Dan memang duit aku pegang masa tu cukup2 untuk sekali perjalanan ke Simpang Renggam, dan 2 3 ringgit saja lagi untuk menghubungi Cik Run bila sampai ke pekan kecik tu nanti. Bila dah sampai sana, terus saja aku call rumahnya, tapi disambut oleh voicemail. Pelik jugak aku bila telefon rumah dijawab voicemail, tapi aku tinggalkan mesej dan terus menunggu di hentian bas kecik kat pekan tu. Hari hujan masa tu, dan aku pulak berbaju kurung(4). Aku menunggu dan menunggu sampai sejam lebih sudah berlalu. Pelik bila bapak sepupu aku tak muncul2, sebab rumah dia bukanlah jauh sangat dari pekan Simpang Renggam, cuma jalan ke rumahnya tu agak teruk sebab rumah dia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.
Aku pergi balik ke pondok telefon untuk menghubungi dia, tapi terus saja panggilan aku dijawab suara pompuan yang langsung aku tak kenal siapa, yang pasti dia suruh aku tinggalkan pesanan untuk tuan punya telefon. Pelik nih... Sepanjang aku telefon orang, tak pernah pulak ada voicemail. Semuanye tut tuttt.. tut tutttt.. tp yang ni langsung tak ada tut tuttt. But then aku terus tunggu bapak sepupu aku.. terus menunggu dan menunggu sampai leee pukul 5 petang(5). Dah banyak kali aku telefon, x pernah aku dengar suara Cik Run atau Cik Noor atau Hakimi atau Ain. Batang hidung diorang pun langsung aku tak nampak. Aku mula diserang perasaan bimbang, sebab hari makin petang dan hujan pulak macam xde tanda nak berenti. Nasib baik bukan hujan lebat. Orang2 yang ada di hentian bas tu pulak makin kurang. Dan akhirnya aku buat keputusan untuk pergi bersolat di surau yang berdekatan dengan hentian bas tu.
Lepas solat, aku berniat untuk balik semula ke hentian bas, tapi aku takut bapak sepupu aku tu tak datang2 jugak. Beg aku pulak berat untuk diangkut ke sana-sini. Selalu aku jenguk ke bus stand tu, kalu2 ada ternampak batang hidung Cik Run, tapi tak ada. Masa makin berjalan, aku telefon lagi nombor rumah Cik Run dan bagitau dekat perempuan voicemail tu yang aku menunggu bapak sepupu aku di surau dekat ngan bus stand tu, dan berharap yang pompuan tu akan sampaikan pesanan aku. Selain dari tepon Cik Run, aku jugak tepon mak aku untuk bagitau apa yang berlaku. Duit aku makin berkurang, dan aku langsung tak beli makanan sebab nak guna duit tu untuk tepon lagi dan lagi. Dan aku terus berada di surau tu sampai ke Isya'. Ada jemaah lelaki yang datang berjemaah di surau tu, tapi langsung tak ada jemaah perempuan. Walaupun surau tu bangunan konkrit, tapi tandasnya pulak macam nak roboh. Tapi terpaksa gak laa aku guna toilet tu walopun rasanye takde lampu dalam toilet tu. Last2 aku buat kesimpulan yang bapak sepupu aku takkan datang langsung, dan aku kena gak bermalam di surau tu. Aku duduk jer dalam surau tu, dan yakin yang surau tu akan dikunci oleh penjaga surau tu, tapi aku takkan berganjak dari situ!
Pakcik penjaga surau tu ada menjenguk dalam bahagian tempat solat wanita, dan nampak aku yang duduk saja di situ. Aku takut nak bercakap ngan dia, jadi aku diam jer. Agaknya dia faham situasi aku, jadi dia terus kuar dari surau dan mengunci pintu utama surau tu dan membiarkan saja aku di situ. Rasanye, pintu masuk ke bahagian wanita tu kena dikunci dari dalam, bukan dari luar. Sebab serasanye, mmg aku kunci pintu surau bila aku nak tidur. Aku tutup semua lampu dalam surau tu, dan bersedia untuk tidur di dalam surau tu, berbantalkan kain2 telekung dan berselimutkan kain telekung solat jugak. Memang sedih jugak sebab terpaksa bermalam di situ, sepatutnye aku boleh balik ke JB semula, tapi dengan syarat aku kena ambik duit dalam BSN, dan aku tak tau di mana mesin ATMnya di situ, dan aku tak larat nak bawak beg masa tu. Tapi, dah ditakdirkan aku tidur dalam surau sorang2 diri malam tu.
Esok pagi, aku terjaga dari tidur bila dengar pintu surau dibuka. Terus saja bangun dan memakai tudung, takut ada yang mengintai pulak. Then aku sama2 bersolat Subuh. Hanya selepas tu, aku betul2 buntu tak tau nak buat apa.. air mata aku mengalir akhirnya(6). Aku menangis semahu-mahunya, sebab aku langsung tak ada duit untuk makan atau pulang, aku terdampar di tempat yang aku langsung tak kenal, aku betul2 buntu! Hari makin siang, bila Imam surau tu menjenguk ke dalam bahagian wanita itu. Dia bertanya kenapa aku ada di situ, dan tengok aku menangis. Dia kata surau tu perlu dikunci takut ada budak2 nakal yang datang membuat kacau di dalam surau tersebut. Melihatkan keadaan aku, dia mengajak aku ke rumahnya. Bila dilihatnya aku ragu2 dengan ajakannya, sebab aku sendiri tak kenal siapa dia, terus dia kata dia akan pergi ambik anak perempuannya untuk pujuk aku ke rumahnya. Alhamdulillah, ada jugak insan prihatin dengan nasib seorang anak dara yang terdampar di sebuah pekan kecil macam tu.
Lepas ni ajer aku ceritakan apa yang berlaku seterusnya. Dah pukul 12 malam ni, selamat malam. Harap korang tak diserang oleh kesuraman hari Isnin esok hari :D
nota kaki:
(1) - lecturer tu terpaksa buat kelas waktu malam sebab dia selalu takde kat Skudai, terpaksa berulang-alik ke UTM Semarak
(2) - sungguhlaa aku tak suka tinggal di KRP - banyak pengalaman pahit!!!
(3) - memang tebiat aku dulu2 bawak beg pakaian besar2, penuh ngan baju2 yang mungkin aku tak pakai. Skrg jer baru pandai nak pakai beg galas atau beg2 kecil untuk isi baju
(4) - aku pun x ingat kenapa aku pakai baju kurung masa tu, tapi zaman aku di UTM memang banyak pakai baju kurung. Mungkin sebab belajar Sains Komputer ni aku agak rileks, dan tak perlu menjadi lasak dan bergerak ke sana-sini. Mungkin jugak aku baru lepas kelas masa tu..... tapi aku ingat aku pakai baju kurung keesokan harinya, jadi mungkin aku bawak baju kurung gak dalam beg aku tu.. :P
(5) Aku tak ingat aku sampai di situ pukul berapa
(6) Memang bila aku buntu untuk menyelesaikan sesuatu, samada aku akan jadi macam orang gila bergerak sana bergerak sini, ataupun menangis semahu2nya