Sunday, April 18, 2010

Banjir oooo banjir..

Assalamualaikum dan salam pagi Ahad...


Sudah lebih 4 hari aku tidak mencoretkan apa yang aku fikirkan... Sebab pertama aku berada di Limbang selama 3 hari, dan aku tidak dapat berfikir dengan tenang bila ternampak orang lain yang sebilik dengan aku. Terus saja kaku adrenalin di dalam salur hormon untuk meneruskan kerja menaip. Sebab kedua pula, sejak balik hari Jumaat hari tu, fikiran aku agak kacau sebab aku agak berebut2 untuk menyudahkan segala benda yang aku mahu buat. Mungkin juga sebab semalam aku bnyk menghabiskan waktu dengan tidur dan menonton filem yang aku muat turun sebelum aku pergi ke Limbang hari tu.


Dan hari ni, aku bersemangat kembali untuk menulis selepas mengharungi sedikit air banjir untuk mengalihkan kereta ku dari garaj parkir keretaku sebab air sungai naik. Air yang datang dari hulu bercampur dengan air dari hujan lebat semalam, menyebabkan kawasan rumah aku dipenuhi air. Harap-harapnya, longkang atau parit yang baru dibuat sebelum ni berjaya menyalurkan air banjir ni ke kawasan lain dan terus masuk ke laut sebab aku akan susah hati pasal Encik Savvy aku yang akan menjadi mangsa banjir sekiranya aku terlambat.


Pagi tadi, pukul 3 pagi, pak gad sekolah aku ni dah gerakkan aku bagitau air sedang naik. Tapi aku belum mahu mengalihkan kereta sebab masih terlalu awal. Boleh pulak orang tua tu membebel bertanya kenapa aku tidur dalam gelap, tidak memasang satu lampu pun dalam rumah aku ketika tidur waktu malam. E'eh orang tua ni! Ikut suka akulah nak tidur dalam keadaan apa pun! 4 5 kali dia tanya soklan sama walaupun aku sudah jawab, "Saya suka tidur dalam gelap!!!" Aaiiihhh! Dah 8 bulan aku tinggal di rumah ni sorang2 diri, hari ni baru nak tanya kenapa aku tak pasang lampu time tido! Ishhh! Tak kena tempat betul soklan dia nih!


Bangun pukul 5.45 pagi tadi pulak, alarm aku berbunyi dan masa tu jugak laa aku dengan "mak angkat" aku bagitau air sedang naik. Aku pun menjawablah, "Ya ya ya!" Bergegas bangun tengok luar tingkap, ternampak jugaklah imej cahaya pantulan pada air yang sedang menghampiri kereta aku. Makcik tu membebel lagi cakap alihkan kereta aku. Aku pun balas balik...! "Kejap! Kejap! Saya nak solat dulu!" Dia bebel lagi, terpaksa aku menguatkan suara aku untuk memberitahunya apa priority utama yang aku perlu buat masa tu. Lepas makcik tu, pak gad tu pulak bersuara suruh alih kereta. Sekali lagi terpaksa aku menggunakan suara tinggi untuk memberitahu yang aku nak solat dulu, sebab Syuruk adalah pukul 6.14 pagi.


Nasib baik kereta aku tidak tersekat dek tanah lembut ketika mengundurkan keretaku tadi. Aku sekadar mengalih keretaku naik ke kawasan bertar di sebelah rumah, sebab kawasan tu tinggi sedikit. Kemudian aku termenung atas tangga rumahku, tak tau nak buat apa. Pak gad tu sarankan aku pergi ke Lawas. Aiihhhh! Aku belum puas untuk berlingkar di atas katil. :'(


4 comments:

  1. cian dammy dah dok sorang sorang la ni kena banjir pulak. tak ada yang tegur apa-apa kr? tingkap pecah ke, kain sidai lum angkat ke .... ..>>>> tah le orang peramah katakan ...he heh heh ...

    ReplyDelete
  2. cian kang? tapi Alhamdulillah.. x dak lagi laa masalah kompleks selain tikus2 kat umah ni.. ah ye.. masa mula2 datang sini dulu, bra hilang bila jemur kat luar, tinggal pulak bermalam.. isk isk isk.. sedey sedey.. :P

    ReplyDelete
  3. tule benda sensitf tu jemur kat dalam ye le namanya benda dalam *****>>>>>>. snonk jugak ya ada hiburan dan masyarakat perihatin....

    ReplyDelete
  4. urmmm.. bila kite ada masalah, mmg akan ada yang sanggup membantu.. masalah masa duk kat Shah Alam atau Klang dulu, sebab xde masalah langsung, tu yg tak bertegur sape ngan jiran2 tu.. huhuhu

    ReplyDelete