Tuesday, April 20, 2010

P L L P L L P L

Assalamualaikum..

padahal baru tadi aku coretkan apa yang aku fikir (masa tu laa) then tengah duk boring2 ni (sambil duk dengar suara2 sumbang orang berkaraoke) tiba2 teringat pada adik2 aku...

Hari ni aku hantar SMS pada Angah, Lut, Anah, Hud dan Nuh, mintak nombor IC depa untuk diisi dalam borang tapisan keselamatan. Bagai rasa tak percaya dalam diri seorang kakak hampeh macam aku ni, betapa adik-adik aku ni semuanya submit IC masing2 (kecuali Nuh, sebab aku sendiri kompius dia pakai nombor tepon yang mana satu, dan mungkin dia takdak kredit - tapi dia boleh pakai kredit mak aku.. hmmm.. salah nombor tepon laa tu :P )

Aku akui, aku memang seorang kakak yang hampeh. Aku tak pandai nak cakap lebih2 ngan adik2 aku. Aku ni cam style ayah aku, ngan family kurang bercakap tapi dengan orang lain hu ha hu ha. Lut, Hud dan Nuh pandai merangsang aku untuk bercakap banyak, Angah pulak cakap marah2, ngan Anah pulak aku yang marah2 sebab aku sebenarnya aku tak reti nak cakap cara baik ngan dia, heart to heart? Eeeyyyeewwwww.. sebab tu kalu dia tanya aku pasal "laki aku" (Encik M laa tu), lagi aku putar belitkan dia ada laa, sampai terasa gila2 dia ngan aku.. huhu.. kejamnye aku.. tapi masa aku ngan ex aku dulu, dia orang kedua tahu aku ngan ex aku, sebab dia pun follow sama gi Taiping time tu. Sebab tulah dia beriya2 belikan aku kain satin dan lace, untuk baju tunang mak aku kata. Tapi last2 pun x jadi apa pun aku ngan ex aku tu. Bersyukurlah Anah weiii.. Zul tu sikit habuk dok ingat pasal mum masa aku tanya dia hari tu, padahal mamat tu laaa hok susoh2 format laptop mum, pastu anta sampai ke Bangi. Mum nak orang gitu jadi abang ipar mum???

Adik aku lagi 2 orang, Fahim dan Uzir. Mesti Fahim masih lagi dibuli hari2 oleh Nuh dan Uzir. Kadang tu aku rasa lawak gak bila tengok Fahim buatkan air susu atau air sirap, oren, laici (bergantung pada selera Uzir masa tu) padahal orang tu dah masam cattung membangkang. Dan pulak tu, kadang2 tu Uzir sendiri lagi suka air yang dibuat oleh adik aku yang berusia 10 tahun tu dari air yang aku buat, sebab dah kena dengan selera dia. Fahim suka memberontak sebab ramai sangat yang membulinya (Lut, Hud, Nuh dan Uzir), Uzir pulak budak tadika yang nakal nak mampus!! Habislah mana2 harta aku yang ada kat rumah tu, kalau sampai di tangannya. Entah2 kereta remote control yang aku nak bagi kat dia ni (aku dapat free dari agen kredit kad) sekejap jer hancur dalam genggamannya. Harap2 laa bila dah jadi budak pra sekolah umur 6 tahun ni, perangai dia berubah sedikit. Insya Allah. Sedangkan aku yang nakal sampai kena piat2 ngan orang gaji dan sepupu aku time kecik ni boleh berubah jadi sekarang, mestilah adik aku yang memegang rekod paling nakal tu pun boleh berubah gak. Kang kang kang? :P

Yang uniknya keluarga aku ni (yg mungkin aku tak boleh buat pun nanti).. kami ni ada klon masing2, cuma mungkin tak serupa sebab jantina. Cuma Angah ngan Nuh jer obvious nampak keklonannya sebab sama2 gelap, sama2 kepala bulat, birthday pulak sama tarikh lain tahun. Perangai ngan otak jer lain. Klon aku adalah Hud.. kalu Hud tak main panas dan tak makan banyak masa kecik dulu, mesti dia hampir menyerupai aku :P, Klon Lut pulak adalah Fahim, tapi tah kenapa.. Fahim makin gelap.. dan klon Anah adalah Uzir. Dan bak kata aku tadi, kalau sama jantina, mesti ciri2 pun lebih nampak sama. Tapi sebab uniknya keluarga aku, anak ayah aku adalah.. P>L>L>P>L>L>P>L.. pompuan laki laki pompuan laki laki pompuan laki. Even doktor pun tanya ayah aku camne ley wat pattern camtu sebab biasanya pun P>L>P>L>P>L>P>L jer pun.. Masa mak aku nak beranakkan Fahim, sume orang masih tak dapat teka anak yang dilahirkan adalah pompuan atau laki. Tapi lepas Fahim lahir, sume orang nampak pattern kelahiran anak ayah aku ni, sebab tu bila Uzir bakal dilahirkan, sume orang teka dengan betul yang itu adalah anak lelaki. Dan andai kata mak aku beranak lagi sorang, mesti sume akan kata anak tu pun adalah lelaki. Nak jugaklaa aku kalu mak aku nak beranak lagi sorang, tapi mak aku skrg ni mengharapkan pada aku jer untuk bagi baby baru dalam keluarga.. :P

Kesimpulan tentang adik2 aku...
Angah - suka marah2, banyak agenda luar
Lut - pandai bersosial, rapat ngan sepupu2 kat Marang banding adik-badik yang lain
Anah - selalu aku gaduh ngan dia dulu, tu yang aku jadi agak penyegan nak cakap lebih2 ngan dia..
Hud - kira cam adik aku yang paling banyak aku share, even aku lah yang temankan dia pergi ke UPSI untuk interview, kemudian masa dia masuk UPSI (masa ni sekali dgn ayah aku).. bangga jugaklah bila adik aku ni cari aku untuk bagitau masalah dia walopun aku tak ley nak tulung pun :P
Nuh - adik aku yg ni bijak tapi tikut sindrom malas Lut sikit2, sebab tu bnyk buli Fahim wat itu ini itu ini. Skrg ikut jejak aku masuk SMKA Tok Jiring.. terpulang pada dia sendiri untuk pindah sekolah atau tak lepas ni.
Fahim - ni anak pompuan mak ayah aku yang paling lawa dalam keluarga aku.. aku kadang2 kagum ngan hidung dia yang comel, pastu ada taik lalat bawah mulut dia, dan ada lesung pipit. Aku jelessss sebab aku xde, tapi dia nyer self confidence teruk lepas kena buli teruk ngan abang dan adik dia. Kalu bab amik gambo, dialah orang nombor 1 lari dari kamera. :P
Uzir - ni paling nakal, paling wat perangai, paling buas, paling lambat dalam bab belajo.. sebab dia laa bongsu kang, dan pulak orang2 lain selain adik badik dia seperti sepupu dan anak2 sepupu aku (yg lagi tua dari dia) bagi perhatian pada dia, tu yang naik mua tu. Pulak tu, ayah aku yang jaga dia lepas ayah pencen, tu yang perangai Uzir lain sikit dari adik badik lain. Ayah pun bnyk manjakan dia, beli ini itu ini itu. Sebab tu kalu adik aku ni nampak bangunan Mydin, dia ley meracau2 dalam kete suh ayah aku drive ke sana. Adeilaaa..

Amende2 pun.. aku sayang adik2 aku walau macam mana pun perangai diorang. Harap xde perasaan jeles dahlah.. tu yang paling bahaya sekali dalam hubungan adik beradik.

p.s.: Sebenarnya, anak yang paling pelik dalam keluarga aku adalah aku sendiri :P

Topik boring!!!

Assalamualaikum dan salam sihat kepada semua..

Apa yang aku fikir pada masa ini adalah.. apa yang sedang dibuat oleh Encik M di atas katil di wad dia berada sekarang.. aku rasa dia tidur kut? Pelik jugak bila orang yang kerap tidur macam dia ni (dalam tempoh sakit sejak minggu lepas) tapi darahnya naik mencanak tinggi. Sebab adik aku Angah, darahnya turun rendah sebab banyak tidur selepas SPM hari tu. Mungkin cara tidur Encik M tak berapa betul kut sampai tak boleh menghilangkan sakit kepalanya? Atau apa kah? Oohhh.. bimbang sangat tentang kesihatannya. Saya memang nakkkk sangat berada di sebelah awak sekarang, dan tolong apa saja yang saya boleh tolong untuk buat awak sembuh balik. Saya nak dengar awak buat lawak yang akhirnya membuat saya ketawa tak berhenti. Rindu sangat dengan awak Encik M.

Kedengaran bunyi muzik dan suara sumbang berdentum-dentam dari arah jalan raya sana. Rumah besar warna pink tu sedang mengadakan karaoke tiap-tiap malam, dalam meraikan kemeriahan majlis pernikahan anak bujang depa ngan orang Marudi. Hari Ahad ni barulaa habis dentum-dentam tu. Nasib baiklah rumah aku ni tak lah sedekat macam rumah Pak S atau rumah anak2 murid aku yang betul2 sebelah rumah besar tu. Memang gedabak punya besar rumah pink tu, dahlah dua tingkat, anak2 pulak dah merantau ke tempat lain. Tinggal sorang jer anak bujang kat rumah tu, itu pun mak ayah dia gajikan dia untuk tinggal di rumah tu. Ishhh... kalu aku laaa.. mak aku gajikan aku untuk tinggal di rumah, memang aku nak!!! Siap bagi kereta, belikan apa yang diingini.. tinggal tunaikan syarat tolong bawak gi mana2 dan stay kat rumah jer. Tapi orang2 kat sini, mana yang kaya tu, memang akan manjakan anak2 mereka gila2 punya! Tikut2 perangai orang Brunei yang kaya-raya, sume anak jadi debab2, lepas tu anak2 malas nak kerja pun mak bapak cool ajer.. duit banyak, bukan boleh bawak kubur pun. Baik sumbat jer pada anak2 dan jangan bagi depa kerja. Ish ish ish... x patut.. x patut..

Umm.. banjir hari tu.. naik paras betis aku atas jalan depan rumah aku. Tapi esok pagi hari Isninnya, air dah surut, jadi terpaksalah bersekolah. Inilah masalahnya sekolah aku ni. Berada di dalam "longkang", kawasan tanah rendah. Walau sedalam mana pun longkang digali kat tepi jalan luar sana tu, kalu air sungai melimpah, mmg akan membanjiri kawasan sekolah dan kuarters aku ni jugak. Aduhaiii.. sepatutnya, sebelum sekolah tu dibuat (bangunan sekolah sekarang adalah bangunan baru yang dibina dalam tahun 2000), tanah sepatutnya ditambak tinggi-tinggi, barulah cucuk cerucuk bina sekolah. Tapi memang orang sini tak tambak tanah kut, tu yang bnyk rumah kena banjir. Rumah2 yang baru dibuat sekarang ni jer yang mula tambak tanah, tu pun sebab nak elak banjir bila dah banyak kali banjir berlaku. Aku pernah gak tengok kat kawasan Chendering, Pahang. Kenapa rumah2 di sana kerap kena banjir, sebabnya "dok tambun tanoh", kata orang Terengganu. :P

Boringnya topik aku malam ni, tapi tulah amende yang aku fikir.. hahahahaha :D

Encik M, cepatlah sembuh. Jangan fikir over sangat. Segala masalah ada penyelesaiannya. Mungkin saya tak boleh nak setelkan masalah awak, tapi saya akan cuba tolong sedaya-upaya untuk kurangkan sedikit berat masalah awak tu.

Sunday, April 18, 2010

Banjir oooo banjir..

Assalamualaikum dan salam pagi Ahad...


Sudah lebih 4 hari aku tidak mencoretkan apa yang aku fikirkan... Sebab pertama aku berada di Limbang selama 3 hari, dan aku tidak dapat berfikir dengan tenang bila ternampak orang lain yang sebilik dengan aku. Terus saja kaku adrenalin di dalam salur hormon untuk meneruskan kerja menaip. Sebab kedua pula, sejak balik hari Jumaat hari tu, fikiran aku agak kacau sebab aku agak berebut2 untuk menyudahkan segala benda yang aku mahu buat. Mungkin juga sebab semalam aku bnyk menghabiskan waktu dengan tidur dan menonton filem yang aku muat turun sebelum aku pergi ke Limbang hari tu.


Dan hari ni, aku bersemangat kembali untuk menulis selepas mengharungi sedikit air banjir untuk mengalihkan kereta ku dari garaj parkir keretaku sebab air sungai naik. Air yang datang dari hulu bercampur dengan air dari hujan lebat semalam, menyebabkan kawasan rumah aku dipenuhi air. Harap-harapnya, longkang atau parit yang baru dibuat sebelum ni berjaya menyalurkan air banjir ni ke kawasan lain dan terus masuk ke laut sebab aku akan susah hati pasal Encik Savvy aku yang akan menjadi mangsa banjir sekiranya aku terlambat.


Pagi tadi, pukul 3 pagi, pak gad sekolah aku ni dah gerakkan aku bagitau air sedang naik. Tapi aku belum mahu mengalihkan kereta sebab masih terlalu awal. Boleh pulak orang tua tu membebel bertanya kenapa aku tidur dalam gelap, tidak memasang satu lampu pun dalam rumah aku ketika tidur waktu malam. E'eh orang tua ni! Ikut suka akulah nak tidur dalam keadaan apa pun! 4 5 kali dia tanya soklan sama walaupun aku sudah jawab, "Saya suka tidur dalam gelap!!!" Aaiiihhh! Dah 8 bulan aku tinggal di rumah ni sorang2 diri, hari ni baru nak tanya kenapa aku tak pasang lampu time tido! Ishhh! Tak kena tempat betul soklan dia nih!


Bangun pukul 5.45 pagi tadi pulak, alarm aku berbunyi dan masa tu jugak laa aku dengan "mak angkat" aku bagitau air sedang naik. Aku pun menjawablah, "Ya ya ya!" Bergegas bangun tengok luar tingkap, ternampak jugaklah imej cahaya pantulan pada air yang sedang menghampiri kereta aku. Makcik tu membebel lagi cakap alihkan kereta aku. Aku pun balas balik...! "Kejap! Kejap! Saya nak solat dulu!" Dia bebel lagi, terpaksa aku menguatkan suara aku untuk memberitahunya apa priority utama yang aku perlu buat masa tu. Lepas makcik tu, pak gad tu pulak bersuara suruh alih kereta. Sekali lagi terpaksa aku menggunakan suara tinggi untuk memberitahu yang aku nak solat dulu, sebab Syuruk adalah pukul 6.14 pagi.


Nasib baik kereta aku tidak tersekat dek tanah lembut ketika mengundurkan keretaku tadi. Aku sekadar mengalih keretaku naik ke kawasan bertar di sebelah rumah, sebab kawasan tu tinggi sedikit. Kemudian aku termenung atas tangga rumahku, tak tau nak buat apa. Pak gad tu sarankan aku pergi ke Lawas. Aiihhhh! Aku belum puas untuk berlingkar di atas katil. :'(


Tuesday, April 13, 2010

Kontrol dengan penuh perasaan.. :P

Assalamualaikum dan salam tengah malam...

Esok aku akan bertolak ke Limbang pada petang hari selepas sekolah, untuk menghadiri Kursus Profisiensi Bahasa Inggeris selama 3 hari. Mungkin takkan ada talian Internet nanti (sebab dalam lampiran surat, diberitahu bawakan wireless broadband, kompem aku tak ada tu). Tapi kalau dapat pinjam sape2 punya, nanti aku akan update saja apa yang berkaitan. Selalunya, mesti buka Facebook dan webpage NRU. Kalau ada apa-apa cerita best untuk dikongsi, just SMS me. Okay? :D

Okaylah... mengantuk sangat. Selamat malam

p.s.: pergghhhh! Paling pendek nih!

p.s.: Encik M masuk wad siang tadi.. mungkin migrain dia teruk sangat sampai jadi demam kut? Encik M... ada apa-apa masalah, janganlah difikir seorang diri. Dunia ni bukan dicipta untuk seorang manusia, tapi berbilion-bilion insan yang boleh mendengar dan membantu seandainya orang lain menghadapi kesukaran untuk berbuat sedemikian. Lain kali saya akan cerita pasal saya mendapat bantuan dari seorang yang betul2 asing dan langsung saya tak kenal, tapi Alhamdulillah... saya selamat sehingga kini.

Moga sembut cepat dan jaga kesihatan elok-elok. Love you! :">

Monday, April 12, 2010

Aku masih seorang anak dara.. :)

Assalamualaikum dan salam dari tempat yang sedang berhujan ni..

Aku duk terpk2.. pasal pengalaman aku bermalam di dalam surau di pekan Simpang Renggam tahun 2000.

Ceritanye? Semuanya bermula bila aku membuat keputusan untuk menghabiskan cuti 3 hari di rumah bapa sepupuku yang tinggal di Simpang Renggam, Johor. Masa tu aku sudah 4 5 bulan belajar di UTM, tahun 2000. Malam tu aku beriya2 untuk menghubungi bapak sepupu aku, Cik Run, sampaikan dalam perjalanan pulang dari kelas programming Pascal(1), aku terjatuh ke dalam longkang sedalam 2 meter yang berada di sebelah blok asrama aku tinggal di KRP(2) tu. Bila dah jatuh dalam longkang tu, barulah aku tau selama ni longkang yang aku langkah itu dalamnya sebanyak tu. Masa aku terjatuh tu, kawanku Khansa yang tolong melambatkan momentum aku jatuh ke dalam longkang tersebut, menyebabkan lengan dia yang luka, dan aku pulak selamat, sihat walafiat dalam longkang tu. Nasib baik tak ada air, sebab aku sendiri memang tak suka tersentuh air longkang. Sebab terkejut, atau mungkin bila berada dalam longkang suara kite akan menjadi lebih kuat dari biasa.. datanglah beberapa orang member2 lelaki yang duduk berhampiran dengan blok kami tinggal, datang menjenguk apa yang berlaku dalam longkang tersebut. Siap ada sorang mamat tu tanya lagi, "nak saya hulur tali ke?" Agaknye kalu aku ni lemah, mesti aku dah menangis dalam longkang tu sebab terasa sangat asing berseorangan di dalam longkang yang dalam dan panjang macam tu. Aku dapat memanjat longkang tersebut dengan bantuan lubang2 paip dalam longkang tu. Nasib baiklah aku pakai seluar pergi ke kelas malam tu, kalu x...! Entahlah.. biasanye kalu siang2 hari aku pakai baju kurung jer ke kelas.. huhu.. sebab bekas pensel aku terjatuh dalam longkang tu, jadi aku turun kali kedua untuk mengambilnya. Kesian, bekas pensel aku kena air longkang yang mengalir sedikit. Ish ish ish...

Masuk dalam bangunan asrama, aku ngan kawan2 sekelas aku duk tergelak sebab mmg lawaklaa bila tengok seorang minah jatuh dalam longkang nih. Kawan2 lain terpinga2 tak faham kenapa kami semua duk gelak2 pasal masuk longkang. Agaknya, tak ada siapa tahu yang longkang tu mmg sedalam tu. Bila dah rasa sendiri ni, barulaa tau jangan kaki semeter nak menduga dalam longkang.. :P

Then aku terus ke pondok telefon untuk menghubungi mak aku, untuk mendapatkan nombor telefon Cik Run. Dah dapat tu, terus saje call bapak sepupu aku tu, dan menyatakan keinginan untuk bermalam di rumah dia dalam 3 hari. Dia on saja, dan mintak aku salin jugak nombor telefon rumah mertuanya yang terletak di Benut. Tapi aku tak bawak pen dan kertas masa tu, jadi langsung aku wat derk saja, sebab yakin takkan ada apa2 masalah yang akan berlaku dalam perjalanan aku ke rumahnya nanti.

Pada hari yang dimaksudkan, aku bawak beg pakaian yang agak besar jugaklah(3), dan naik bas ke Stesen Bas Larkin, kemudiannya naik bas ke Simpang Renggam. Tambang bas henti2 ke Simpang Renggam adalah RM4.10 time tu. Dan memang duit aku pegang masa tu cukup2 untuk sekali perjalanan ke Simpang Renggam, dan 2 3 ringgit saja lagi untuk menghubungi Cik Run bila sampai ke pekan kecik tu nanti. Bila dah sampai sana, terus saja aku call rumahnya, tapi disambut oleh voicemail. Pelik jugak aku bila telefon rumah dijawab voicemail, tapi aku tinggalkan mesej dan terus menunggu di hentian bas kecik kat pekan tu. Hari hujan masa tu, dan aku pulak berbaju kurung(4). Aku menunggu dan menunggu sampai sejam lebih sudah berlalu. Pelik bila bapak sepupu aku tak muncul2, sebab rumah dia bukanlah jauh sangat dari pekan Simpang Renggam, cuma jalan ke rumahnya tu agak teruk sebab rumah dia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.

Aku pergi balik ke pondok telefon untuk menghubungi dia, tapi terus saja panggilan aku dijawab suara pompuan yang langsung aku tak kenal siapa, yang pasti dia suruh aku tinggalkan pesanan untuk tuan punya telefon. Pelik nih... Sepanjang aku telefon orang, tak pernah pulak ada voicemail. Semuanye tut tuttt.. tut tutttt.. tp yang ni langsung tak ada tut tuttt. But then aku terus tunggu bapak sepupu aku.. terus menunggu dan menunggu sampai leee pukul 5 petang(5). Dah banyak kali aku telefon, x pernah aku dengar suara Cik Run atau Cik Noor atau Hakimi atau Ain. Batang hidung diorang pun langsung aku tak nampak. Aku mula diserang perasaan bimbang, sebab hari makin petang dan hujan pulak macam xde tanda nak berenti. Nasib baik bukan hujan lebat. Orang2 yang ada di hentian bas tu pulak makin kurang. Dan akhirnya aku buat keputusan untuk pergi bersolat di surau yang berdekatan dengan hentian bas tu.

Lepas solat, aku berniat untuk balik semula ke hentian bas, tapi aku takut bapak sepupu aku tu tak datang2 jugak. Beg aku pulak berat untuk diangkut ke sana-sini. Selalu aku jenguk ke bus stand tu, kalu2 ada ternampak batang hidung Cik Run, tapi tak ada. Masa makin berjalan,  aku telefon lagi nombor rumah Cik Run dan bagitau dekat perempuan voicemail tu yang aku menunggu bapak sepupu aku di surau dekat ngan bus stand tu, dan berharap yang pompuan tu akan sampaikan pesanan aku. Selain dari tepon Cik Run, aku jugak tepon mak aku untuk bagitau apa yang berlaku. Duit aku makin berkurang, dan aku langsung tak beli makanan sebab nak guna duit tu untuk tepon lagi dan lagi. Dan aku terus berada di surau tu sampai ke Isya'. Ada jemaah lelaki yang datang berjemaah di surau tu, tapi langsung tak ada jemaah perempuan. Walaupun surau tu bangunan konkrit, tapi tandasnya pulak macam nak roboh. Tapi terpaksa gak laa aku guna toilet tu walopun rasanye takde lampu dalam toilet tu. Last2 aku buat kesimpulan yang bapak sepupu aku takkan datang langsung, dan aku kena gak bermalam di surau tu. Aku duduk jer dalam surau tu, dan yakin yang surau tu akan dikunci oleh penjaga surau tu, tapi aku takkan berganjak dari situ!

Pakcik penjaga surau tu ada menjenguk dalam bahagian tempat solat wanita, dan nampak aku yang duduk saja di situ. Aku takut nak bercakap ngan dia, jadi aku diam jer. Agaknya dia faham situasi aku, jadi dia terus kuar dari surau dan mengunci pintu utama surau tu dan membiarkan saja aku di situ. Rasanye, pintu masuk ke bahagian wanita tu kena dikunci dari dalam, bukan dari luar. Sebab serasanye, mmg aku kunci pintu surau bila aku nak tidur. Aku tutup semua lampu dalam surau tu, dan bersedia untuk tidur di dalam surau tu, berbantalkan kain2 telekung dan berselimutkan kain telekung solat jugak. Memang sedih jugak sebab terpaksa bermalam di situ, sepatutnye aku boleh balik ke JB semula, tapi dengan syarat aku kena ambik duit dalam BSN, dan aku tak tau di mana mesin ATMnya di situ, dan aku tak larat nak bawak beg masa tu. Tapi, dah ditakdirkan aku tidur dalam surau sorang2 diri malam tu.

Esok pagi, aku terjaga dari tidur bila dengar pintu surau dibuka. Terus saja bangun dan memakai tudung, takut ada yang mengintai pulak. Then aku sama2 bersolat Subuh. Hanya selepas tu, aku betul2 buntu tak tau nak buat apa.. air mata aku mengalir akhirnya(6). Aku menangis semahu-mahunya, sebab aku langsung tak ada duit untuk makan atau pulang, aku terdampar di tempat yang aku langsung tak kenal, aku betul2 buntu! Hari makin siang, bila Imam surau tu menjenguk ke dalam bahagian wanita itu. Dia bertanya kenapa aku ada di situ, dan tengok aku menangis. Dia kata surau tu perlu dikunci takut ada budak2 nakal yang datang membuat kacau di dalam surau tersebut. Melihatkan keadaan aku, dia mengajak aku ke rumahnya. Bila dilihatnya aku ragu2 dengan ajakannya, sebab aku sendiri tak kenal siapa dia, terus dia kata dia akan pergi ambik anak perempuannya untuk pujuk aku ke rumahnya. Alhamdulillah, ada jugak insan prihatin dengan nasib seorang anak dara yang terdampar di sebuah pekan kecil macam tu.

Lepas ni ajer aku ceritakan apa yang berlaku seterusnya. Dah pukul 12 malam ni, selamat malam. Harap korang tak diserang oleh kesuraman hari Isnin esok hari :D

nota kaki:
(1) - lecturer tu terpaksa buat kelas waktu malam sebab dia selalu takde kat Skudai, terpaksa berulang-alik ke UTM Semarak
(2) - sungguhlaa aku tak suka tinggal di KRP - banyak pengalaman pahit!!!
(3) - memang tebiat aku dulu2 bawak beg pakaian besar2, penuh ngan baju2 yang mungkin aku tak pakai. Skrg jer baru pandai nak pakai beg galas atau beg2 kecil untuk isi baju
(4) - aku pun x ingat kenapa aku pakai baju kurung masa tu, tapi zaman aku di UTM memang banyak pakai baju kurung. Mungkin sebab belajar Sains Komputer ni aku agak rileks, dan tak perlu menjadi lasak dan bergerak ke sana-sini. Mungkin jugak aku baru lepas kelas masa tu..... tapi aku ingat aku pakai baju kurung keesokan harinya, jadi mungkin aku bawak baju kurung gak dalam beg aku tu.. :P
(5) Aku tak ingat aku sampai di situ pukul berapa
(6) Memang bila aku buntu untuk menyelesaikan sesuatu, samada aku akan jadi macam orang gila bergerak sana bergerak sini, ataupun menangis semahu2nya

Saturday, April 10, 2010

Marah itu untuk orang gila sahaja

Assalamualaikum dan salam tengah malam...


Sejak akhir2 ni, aku agak blur untuk menulis apa yang aku fikir pada masa ini, sebab sepanjang masa hati aku dihuni oleh perasaan marah pada apa yang berlaku dalam minggu ni...


Mungkin jugak sebab aku datang bulan yang betul2 datang bulan kut (macamlaa darah2 yang datang sepanjang masa dari 9 Januari hari tu palsu.. huhhh!) menyebabkan fikiran aku agak celaru bila terdapat sesuatu yang sungguh menyerabutkan kepala aku. Mungkin sebab aku lupa pada Tuhan dalam masa ini, menyebabkan fikiran aku tidak tenang. Betul sangatlah tu kut?


Aku tak sabar untuk pergi ke Limbang Rabu ni, dan berkursus di sana selama 3 hari. Aku mahu melihat muka yang berlainan dari yang biasa aku tengok hari2. Aku nak konversasi2 yang berlainan dari yang biasa aku dengar hari2. Aku nak refresh minda aku dengan perkara lain, selain dari Internet yang menjadi sumber maklumat aku pada masa ini. Mungkin jugak aku boleh intai2 baju yang murah2 yang terdapat di shopping complex di Limbang tu. Kesian Lawas, tak ada shopping complex. :'(


Dan seboleh2nye, bila aku balik ke sini nanti, suara orang2 yang buat aku serabut ni, tak mencelarukan otak aku buat kesekian kalinya. Aku nak beri perhatian pada projek yang ingin aku laksanakan. Aku mahu menyumbang sesuatu buat sekolah aku ini sebelum aku betul-betul berpindah dari sekolah ni. Aku nak sekolah ini ada sesuatu yang akan mengingatkan aku, "akulah yang mencetuskan fenomena itu" sebagaimana aku memberi idea pemusatan sistem2 di MRCB :D (mmg aku rasa seronok sampai skrg walopun aku dah lama tinggalkan kompeni tu :P ) Ayat aku macam dah nak mati jerk.. :P


Soalnye, boleh ke aku buat??? Sebab semangat yang sebetulnye belum lagi aku peroleh.. adeiiihhhhhh.. :)


Dan otak aku makin celaru.. bertambahlah uban di kepala bila banyak pk.. uhuhuhu..


Selingan Kamus Lawas
berjurit = berterabur

Wednesday, April 7, 2010

Ni bukan blog aku, sirius.. :S

Assalamualaikum dan salam sejam lagi ke Khamis...


Hari tu, Encik M buat aku berjanji untuk tidak menangis bila menonton Hindustan lagik. Okaylaaa.. tang tu, mungkin boleh buat2 keras hati kut... :P tapi tak penah cuba pun lagik... sebab dah lama gak laa tak tengok Hindustan nih...


Tapi kang, awak, tadi baru jer kite menangis lepas tengok movie The Legend of 1900. Antara kata-kata 1900 yang buat kite duk mengalirkan air mata..


"But what I did not see is when the whole thing came to an end. The end of the world. Let's take the piano. Keys began, keys ended. You know there are 88 of them and nobody can't tell you any different. They are not infinite. You are infinite. And on those keys, the music you can make is infinite. I like that. That I can live by. You get me up on that gang way, you rolling out in front of me up with millions of keys, and million and billions of keys that never end and that's the truth, Max and that they never end. That keyboard is infinite. And in fact that keyboard is infinite and that there's no music you can play. We're sitting on the wrong bench. That's God's piano."


"Your eyes...! Did you see the street? Just the street, there were thousands of them. But how do you do it down there? How do you choose just one? One woman? One house? One piece of land to queer on? One landscape to look at? One way to die?"


"Land is a ship too big for me...... it's a music I don't know how to make."


"After all, I don't exist for anyone. You're the exception. You're the only one who knows I'm here. You're a minority and you'd better get used to it. Figured it for me, my friend. But I'm not going out."


Encik M... jangan buat kite janji untuk tidak menangis menonton cerita2 sedih macam ni... pelakon2 ni pandai berlakon laaaa.. uwaaaaaaaa... dan kata-kata yang menyentuh hati... kite mudah tersentuh tauuuu? Isk isk isk...


Selamat malam... :D

Tuesday, April 6, 2010

Hari buat semua

Assalamualaikum dan salam buat semua...

Hari ni aku mengantuk sangat. Siang tadi ke Lawas, sampai ke rumah pukul 3.30 lebih, terus menonton Adnan Sempit. Lepas tu menggosok baju yang sudah dicuci.. lepas tu mencuci baju.. mandi.. bercakap dengan Encik M.. main game.. buat lesson plan.. main game.. tidak ada satu masa pun diisi dengan tidur selepas diberi nasihat oleh sepupuku yang merupakan pelajar lepasan sekolah tahfiz kat Klang dalam fesbuk semalam. Kalau dah golongan ustaz2 kata camtu, baik leee jangan dilanggar, sebab kata2 mereka lebih menghampiri doa, unless depa pun duk buang tebiat buat dosa macam kita2 yang biasa2 nih..

Tapi aku mungkin tak dapat bertahan lama kuttt? Akan cuba sedaya-upaya untuk tidak tidur siang. Tapi payahlaaa.. sebab bila jadi seorang guru ni, banyak masa terluang pada waktu petangnya. Kalau dulu bekerja di pejabat, memang terpaksalah untuk tidak tidur siang, sebab memang tak dapat pun untuk tidur siang, especially lepas Asar. Masa tu, kompemlah kite bersiap-sedia untuk balik, kan? (Buhung! Aku mana reti balik pukul 6 petang masa kat MRCB!!!) Tapi masa sebelum HQ MRCB pindah ke KL Sentral, kerap gak aku tidur kat surau lepas Asar sebab aku boring buat coding webpage. Huhuhu... Betapa aku tak suka membuat homepage, benda yang paling cepat direjek aku banding yang lain2 sebab aku memang tak ada kreativiti dan seni untuk menggubah sebuah antaramuka laman web (webpage interface - payah tul nak faham bila ditranslet ke Melayu :P ) walaupun aku sebenarnya sangat2 suka membuat coding, tapiiii.. tidak webpage.............

Apa aku melalut ni? Aku nak tulis pendek jer!!! Ok lah! Selamat malam!

Encik M, love you! :D

Bila bini orang mula masuk campur

Assalamualaikum dan salam tengah malam...


Hari ni tak dapat nak taip panjang2 sebab sekarang dah pukul 11:50 malam. Baru saja selesai menonton wayang New in Town, lakonan Renee Zellweger dan Harry Connick Jr. Yang menarik cerita ni adalah cara orang-orang di New Ums, Minnesota tu cakap. Comel sangat sebutannya sampai aku rasa nak ikut2 jer pendekkan lidah aku. Kekekekeke...


Urrrmmm... siang tadi borak ngan colleague aku. Pagi-pagi aku datang skolah tu (sengaja gi lambat dari biasa pagi tadi :D ), dah tengok muka dia stres semacam. Macam ada benda yang membuat muka dia masam semacam sangat. Saja leee mengusik dia, kata muka dia nampak cam gemuk bila muka masam :p tersenyum jua kawan aku ni bila aku kata macam tu. Ngeh ngeh ngeh.


Pastu, kuarlaa soklan dari dia. "Semalam ada apa2 berlaku dop?" Aku bilang, orang2 lelaki berkumpul kat luar rumah sebab ada orang main bola tu. "Selain dari tu?", tanyanye lagi. Aku duk pk lee... ada benda2 pelik berlaku pada aku ke tak. Dan sememangnye takde apa mende pelik berlaku pun. Dia tanya lagi soklan yang lebih kurang sama, terus aku dapat agak yang dia masih lagi ada masalah ngan Pak S. Aduhleeee...! Pak S tu memang melampau!!!


Umur sudah 51 tahun, sudah bercucu, kerjanya tukang kebun dan buat keje kontrak potong rumput sekitar sekolah (keje potong rumput dikontrak pada kontraktor paling berpengaruh di Lawas ni). Keter takde, rumah share ngan adik-beradik dia. Rumah dia belah bahagian atas, adik dia bahagian bawah. Tahun lepas menjawat jawatan Pengerusi PIBG sekolah, sebab anaknya masih berskolah di sini time tu, tapi teks ucapan sendiri pun cikgu yang tolong buatkan. Hummm.. amende lagi ekk? Masih berbini.


Masalahnye... masa.. a.. lahnyeee.. orang tua nih tak sedar diri. Nasib baik lee dia tak wat perangai ngan aku, mungkin faktor utamanye aku ni mmg lagi tinggi dari dia dan hampir semua lelaki di Kg Luagan nih. Payah nak cari yang lagi tinggi dari aku. Sedangkan colleague aku tu pulak mmg kecik molek (aku rasa kawan aku ni x laa kecik mana pun) so Pak S tu target pada dia. Aku pun tak tau yang Pak S tu boleh tanya soklan bodoh pada kawan aku time cuti sekolah seminggu hari tu, "cuti sekolah ni gi mana???" Aku rasa seme orang tahu kawan aku tu balik kampung. Tapi tulaaa, dia saja nak wat konversasi ngan saing aku ni (kite panggil dia T) padahal T dah tak sanggup nak layan dah. Yang beshnya lagi, siap ajak T jumpa sekejap kat pondok pak gad skolah aku ni, macam ajak dating pulak! Siap ajak T gi Kampung Aru, ikut gi kenduri kawen. Eyyooo! Sanggup ajak orang jauh tu, yang aku duk dekat ni takde mengajak pun! Pelik benor orang tua tu! Eeeeeee...! Aku naik geli-geleman baca mesej yang T tunjuk kat aku. Betapa orang tua tu sungguh leee x sedar diri!!!


Yang lagi sadisnye, citer ni mula melibatkan bini Pak S. Bini Pak S dah mula saspek yang Pak S cuba2 nak main kayu 3, sebab selalu sangat mesej sembunyik2. Tapi aku rasa, bini Pak S tak tau orang yang Pak S tengah duk syok sendiri tu adalah pekerja di sekolah ni gak. Mula2 bini dia tu SMS jer, agaknye terkejut gak lee T bila dapat mesej dari makcik tu (aku sendiri sampai skrg tak tau nak panggil bini Pak S apa.. :P ) tapi agaknye ayat bini Pak S tu mula mengurang ajar, T pun mula hot. Dahlaaa takde apa2 ngan Pak S, tiba2 dituduh pulak macam dia nak sangat merampas laki orang tu. Aku pun dah naik geli nih! Bini Pak S call pulak dan bercakap ngan T sendirik. Agak2 laaa, bini Pak S perasan tak suara orang Semenanjung pada tutur T tu ekkk? Aku takut, bini Pak S target aku pulak nanti tapi aku mmg penah cakap ngan bini Pak S dalam tepon pasal anak dia luka pisau (dalam gak laa luka budak tu, sampai aku naik fobia tengok ustaz skolah aku jual pisau kat budak, takut pisang nak berbuah 30 40 kali!!)


T pun dah marah2 ngan bini Pak S sebab tuduh dia padahal sikit pun dia tak nak layan orang tua tu. Pak S yang mmg syok sendiri, target2 orang nak wat marka! Bengong Pak S!!! Lepas bini dia kontek T, Pak S mintak maaf lee ngan T sebab dapat gangguan dari bini dia! Masalahnye, sape dulu yang mulakan gangguan??? Bini dia sendiri ke wat perangai??? Atau dia yang tak sedar2 diri yang umurnye dah pun lepas 50 tahun??? Apa yang dia target dari kawan aku ni? Kawan kah? Sampai terpaksa sembunyik2 dari bini sendiri??? Soalan2 yang dia SMS pada T seolah2 dia adalah "guardian angel" kepada T, kena amik tahu segala benda yang T buat! Kesian T... tak tau nak buat apa dah. Nak mintak tolong orang atasan, takut orang atasan tu lagi melampau2 jadinya, takut disokong2 lagi tindakan Pak S. Lagipun, apa2 berlaku nanti, payah gak laaa sebab Pak S memang orang kampung nih.


Sungguh leee melampau Pak S nih... tak tau nak kata apa dah. Yang pasti, sebab aku tak nak ditanya apa2 soklan dari dia (maunye berkaitan T ataupun hal aku sendiri - memang terlalu bz body pasal urusan orang lain - rumah tangga dah hampir porak-poranda tu dia tak nak sibuk jaga!) aku sanggup ikut jalan jauh semata2 aku tak nak bertembung ngan dia. Perasaan T mesti lebih lagi dari apa yang aku rasa. T... tabah ekkk? Tak lama dah pun nak betul2 bebas dari gosip2 liar macam ni. Tak payahlaa balas SMS orang giler tu. Wat serabut kepala jer.


Dan cerita ni mengingatkan aku pada zaman aku di UTM dulu. Diserang bini orang, sebab laki dia fitnah pada aku. Nasib baik aku takde kat rumah masa tu... Fuhhhh... lain kali jer lee aku citer pasal diri aku sendiri. :P

Sunday, April 4, 2010

Mengarut pasal Denggi 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ni, aku terkurung saja dalam rumah, tak boleh nak ke mana-mana. Sebabnya, ada lelaki-lelaki yang datang ke Kampung Luagan ni untuk menyertai & menonton perlawanan bola sepak yang diadakan di padang belakang rumah aku nih. Tak tau laa berapa ramai yang datang, tapi dari pagi sampai ke hujan turun petangnye, aku duk dengar suara2 lelaki bercakap dalam bahasa yang aku langsung tak faham!!! Dengar macam cakap Siam jerk, tapi bila diamat-amati, oooohhh.. cakap Lun Bawang rupanye. Maknanye, mereka ni datang dari segenap ceruk kampung di Lawas nih. Tapi, rasanye yang hulu2 tak lee datang sampai sini sebab kompem jauh! Takdenye orang Ba'kalalan datang sini semata-mata nak sepak bola kampung. Kompem takkk! :P


Malam ni, aku nak sambung kembali citer denggi hari tu.. :D


rentetan disambung...


18. pada hari pertama tu, mmg aku teramat lemah yang amat sangat, sampaikan kerja aku cumalah tido, tido dan tido. Even time makan pun aku mmg takde selera langsung. Auntie sebelah aku makan penuh selera, cepat saja habis makannya. Aku pulak, sampai time petugas makanan datang kutip bekas, makanan aku masih belum habis. Dalam takde selera nak makan, boleh pulak aku tahan petugas tu dari amik pinggan aku sebab aku rasa cam nak makan lagi. Padahal tak makan dah punnn.. :P Makan di DEMC ni, walopun hospital swasta, tapi takdelaaa seindah sebagaimana dicerita sepupu aku masa dia di SJMC. Kat DEMC, pesakit cuma diberi 2 pilihan makanan, nak makan apa.. sila pilih. Agaknye, kalu nak makan makanan lain sikit, dia caj lebih kut??? Entahlaa.. tak berani pulak aku mencuba masa tu ;)


19. aku tak tau apa sebenarnye denggi berdarah. Dan aku sendiri tak tau apa benda penyakit denggi ni sebenarnye, sebab aku rasa aku demam jer. Jadi bila aku masuk toilet, aku agak terkejut laa tengok aku keluar darah, padahal aku baru lepas datang bulan. Bila doktor datang cek aku petang tu (doktor2 ni bertugas 2 kali sehari untuk datang cek pesakit, pagi dan petang) dia tanya ada apa2 yg pelik pada aku, aku cakaplaa apa yang berlaku. Doktor2 tu sendiri kepelikan sebab agaknye tak penah berlaku orang denggi kuar darah nih. Aku sendiri sangka aku dah kena denggi berdarah. Boleh bawak maut tu woooo.. :'( Tapi yang peliknya sekali tu jer pun aku kuar darah. Tu yg buat aku lagi pelik tu. Darah amende yang kuar tu???


20. Aku rasa, ramai sepupu aku yang show up malam pertama tu. Abang Ji, Kak Ti, Abang Hasbi, Abang Pa, Abang Wang. Rasanye leee diorang datang malam pertama tu. Kalu tak malam pertama pun malam kedua. Tapi rasanye mmg diorang datang malam pertama kut, sebab Sungai Buluh ngan Shah Alam tu tak laa jauh sangat. Berita aku kena denggi ni tersebar dari mulut Abang Ji selalu ejen penjual kereta :P Sepupu2 aku ni datang bawak air 100 Plus botol 1.5L 3 botol. Dan Kak Ti dan Abang Hasbi (laki bini nih, Abang Hasbi abang kepada Abang Ji) memaksa aku minum air gas nih! Sengsara aku minum air tu sebab aku memang tak minum air gas! Ku sangka bila besar ni dah bole terima air gas masuk dalam mulut, rupanye tak dapek jugakkk.. Air yang tak sampai separuh gelas pun x dapat aku nak habiskan... urrgghhhh.. x suka air gas!!! Diorang paksa aku minum sebab mmg terbukti 100 Plus mampu untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan demam tapi aku tak mampuuuuu nak minum separuh gelas pun, apa lagi 3 botol!!!


21. Setiap masa air dimasukkan ke dalam badan aku. Even nak masuk toilet pun aku kena bawak tiang yang sangkut tabung air tu. Esok pagi, bila time aku nak mandi jer baru nurse tolong bukakan dulu saluran air tu. Tu pun lepas aku tengok Auntie tu bebas masuk kuar bilik air tanpa perlu bawak tiang air tu. Memang sengsara leee nak buang air dengan tangan bersambung ngan wayar!!! Tapi syukur ler hospital ni tak menyuruh aku ukur paras air kencing aku macam yang adik aku Fahim kena buat time dia kena denggi tahun 2008. Tak pasal2 setiap kali masuk toilet, dia kena bawak tabung dan tadah kencingnye dalam tabung tu, then amik ukuran jumlah kencingnye. Eeeeee! Agaknye mmg dasar hospital kerajaan macam tu kut??? Seb baik aku masuk hospital swasta! Fuhhhh!


22. Pukul 5 pagi, aku digerakkan oleh nurse. Dia datang amik darah aku. Memang setiap hari pukul 5 pagi dan petang, darah akan diamik. Lepas dah amik, tidur balikleee... Sebab dah banyak kali badan aku kena cucuk jarum sejak demam, aku x takut langsung kena cucuk. Siap sedia lagi untuk dicucuk tu! Sebab perasaan masa tu mmg nak cepat2 sembuh.


23. Setiap hari aku akan diberi ubat demam, ubat hati dan ubat hisap (rasanye yang ni untuk tekak kuttt?) Ubat hati tu sebenarnye untuk menstabilkan balik hati aku yang mmg dah paras teruk sangat! Salah satu sebab aku dicepat2kan diadmit masuk ke hospital tu adalah sebab hati aku tu dah di paras hampir nazak dah. Dah terlebih beban kuttt? Dan sebenarnye, aku dah pun sampai ke tahap denggi berdarah!!! Aku sendiri tak nampak darahnya tp rupanye demam aku dah hampir2 cabut nyawa aku sendiri!! Alhamdulillah, terima kasih pada kawan2 aku yg siap sedia menolong aku.. kalu laaa aku duk sorang2 diri kat umah sewa tu masa tu, apa laaa jadi ngan aku masa ni ekk? Terima kasih Faizah, Pina, Sue dan Jaja!


24. Sebab aku sendiri tak larat nak bangun setiap kali doktor datang cek, aku x pakai tudung pun masa berdepan dengan doktor lelaki. Solat pun terpaksa diqadha'. Isk isk isk. Lepas ni xmo sakit dah! Sungguh rasa cam berdosa jer masa tu, padahal time sakit lee dosa2 kecil kite berguguran. Tapi rasa cam buat dosa besar pulak bila solat pun terpaksa tinggal. :'(


25. Malam kedua, sepupu aku, Abang Ding (nama penuh Dimyati) datang dengan dua orang anaknya, Rina dan... aku selalu lupa nama anak kedua dia :P Rina bagi mug besi, hadiah ayahnya dapat dari Sunway City warna merah. Tah ke mana dah mug tu skrg... :P


26. Hari kerja, rasanye hari Isnin (aku admit hari Jumaat, duk spital 5 hari) ofismet aku mai lawat. Jason, Liong, Edmund, Kak Amal, Fini dan Kak Win. Diorang berenam datang 1 kereta naik kereta Edmund. Sape ekk yg bagi aku pisang tu ekkk? :D


27. First time dapat bunga, tapi jadi kurang special sebab datangnya dari HR MRCB. Sob sob sob.. ingatkan lelaki mana bagi bunga.. Isk isk isk.. Tak penah dapat bunga dari lelakiiiiii.. Waaaaa.. (Encik M.. nak bunga bolehhh? :D)


28. Tak ingat dah sape lagi yg datang melawat di hospital. Kesihatan aku bertambah baik. Tapi satu hari tu, tah camne tersilap gaya ke ape, aku tertarik getah salur air ke tangan aku ni.. tercabut terus jarum tu dari tangan aku. Darah mencurah2 keluar dari tangan aku atas lantai bilik air. Nasib baik aku mmg dalam toilet masa tu sebab buang air. Terus aku panggil nama Auntie, roommate aku tu. "Auntie! Auntie! Panggil nurse!" Suara aku cemas. Darah aku macam air, sebab mmg dah bercampur ngan air yang masuk sebelum nih. Agaknye Auntie tu tak dengar aku panggil dari dalam bilik air, aku bukak pintu bilik air. Sekali lagi, aku cakap kat Auntie tolong panggilkan nurse. Nurse tu datang rilek jer, sungguh bersahaja. Dia bersihkan tangan aku, then dia duk berkira2 kat mana dia nak cucuk jarum untuk masukkan balik air ke dalam tubuh aku. Mula2 dia wat keputusan untuk cucuk tangan aku belah kanan. Tapi tah kenapa, agaknye sebab dia pakai spek kuttt? Dia tak nampak urat darah kat tangan aku. Nak cucuk kat tempat lama kat tangan kiri aku, tak dapat sebab bahagian tu dah luka. Last2 dia cucuk kat kiri, dekat ngan pelipat ibu jari aku. Ya Allah, dia cucuk aku masa tu ngan jarum tu.. sakitnyeeee! Pengaso giler minah ni wat kerja! Sepanjang aku duk kat spital tu, tak penah lagi aku rasa sakit kena cucuk. Tapi ngan minah tu, sakitnye kerja tangan dia. Macam terasa lagi jarum tu cucuk tulang aku. Lepas tu, setiap kali aku nampak nurse tu, aku jadi takut. Bukan apa.. minah tu wat keje dia bagus. Tapi kasar sikit kerja dia tu! Adeileeee...


Huhhhh! Asyik memanjangggg ajer aku bercerita nih.. citer tak habis2 lagik! Takpelah.. lain kali sambung..


Tarataratata! Samat malam!

Saturday, April 3, 2010

Iklan free Kao Liquid Attack Detergent + Softener :D


Assalamualaikum dan salam berhujung minggu..

Sengaja aku letak gambar aku mula-mula sekali dalam post ni, sebab apa yang hendak aku perkatakan adalah tentang baju yang aku pakai dalam gambar tu. :D

Urrrmm.. baju tu aku beli di Ngiu Kee Supermarket di Lawas ni. Masa tu tengah sale Raya Cina tahun ni. Murah jer harganya, RM15 sebab tu laa satu2nye baju fesyen tu yang tinggal. Kiranye depa nak habiskan stok laa ni. Aku pulak memang jenis yang akan cari baju yang murah-murah, habis semua baju yang diletak tanda "SALE" aku belek. Akhirnya terjumpa jugak baju tu yang berada dalam timbunan baju lain. :)

Gambar yang diambil tu adalah di rumah kawan aku, Suriany Bullah di Tawau. Sebab tu ada nama ayah Suriany kat atas tu, Bullah bin Ali. Masa ni, Sue bawak aku dan Miza pergi rumahnya sebab memang aku saja nak kenal2 rumah member. Aku tak bermalam di rumah Sue sebab tak ada siapa di rumah tersebut masa tu. Keluarganya pergi ke Kuala Lumpur atas sebab urusan keluarga. Sue sendiri sibuk dengan kerjanya sebagai doktor di Hospital Tawau. Jadi Sue telah membelanja kami berdua tinggal di Hotel Promenade di Tawau tu jugak. Kiranye hotel yang paling high class di Tawau laa tu. Terima kasih Sue :D

Model Promenade Hotel, Tawau :P

Berbalik semula soal baju ni tadi... lepas balik dari Tawau tu, aku rendam baju ni bersama dengan baju-baju lain yang tidak akan terefek kalau baju petak2 ni turun warna. Tapi aku terlupa pulak yang baju itu sendiri akan terkena lunturan warna merah tu sebab ada warna putih pada baju tu. Aduhleeeee...! Angkat saja baju tu dari air sabun, bertompok-tompok merah kainnya disebabkan oleh kain poket, kolar dan yang sama warna dengannya turun warna. Adeiii... kalau aku biarkan jer dia bertompok2, malula jugak aku nanti. Macam orang tak reti basuh baju ajer. Tapi bila dicuci, tompok merah tu tak nak hilang. Macam mana nak buat ni? In the end, aku buat keputusan, alang-alang menyeluk pekasam, biar baju jadi masam, jangan dia jadi lain macam! Aku rendam balik baju tu dengan harapan, baju tu akan bertukar terus jadi warna merah dari bertompok2.

Lama jugak aku buat proses meng'dye' baju ni. Kadang2 tukar air supaya baju tak jadi busuk sangat terendam. Nampaknya proses dye ni hampir berjaya, tapi aku tetap biarkan baju tu terus berendam supaya semua warna merah tu bersebati, sebab masih nampak warna putih kemerahan pada baju tu.



Then, baru ni, aku dah puas hati dengan warna baru pada baju tersebut, tapi baunye yang masam tu membuatkan aku membuat keputusan untuk merendam lagi baju tu, tapi kali ni dengan Kao Liquid Attack Detergent + Softener yang masih ada bakinya. Sebelum ni, aku rendam dengan serbuk pencuci Harimau Kuat. Masa kat maktab dulu, aku suka pakai pencuci Kao Attack ni sebab baunya memang wangi, dan aku tak perlu nak rendam baju dengan softener selepas mencuci. Tapi, sebab duk kat Lawas ni payah nak cari sabun jenama ni, tu yang bertukar ke Harimau Kuat. Lagipun bau Kao Attack tu dah berbeza sedikit dari haruman yang aku suka dulu. 


Pagi tadi, agak dah puas hati dengan bau baju tu, aku angkat kain tu dari baldi. Terkejut aku tengok warna merah yang menjadi warna baru pada bahagian yang berwarna putih tersebut hilang!!! Aiikkkk? Makin aku perah, makin warna luntur tersebut hilang. Power benar sabun ni! Tak pernah lagi baju aku yang terkena luntur warna baju lain, hilang warna luntur tersebut. Ehhhh! Aku kehairanan kesorangan dalam bilik air. Disebabkan masih ada kesan warna poket pada bahagian belakang baju, maka aku berusaha keras dalam bilik air pagi tadi untuk menghilangkan warna tersebut, dan usaha tersebut berjaya!!! Tapi untuk dapat warna putih asal sebagaimana sebelumnya, tu mungkin tak dapatlaaa kut. Tapi kurang2nye dah tak nampak tompok2 dah... Yeaaaa.. lepas ni kena beli balik Kao Attack ni sebab terbukti sabun ni boleh mengembalikan baju yang terkena luntur warna kepada asal! :P

Sekian saja iklan tidak berbayar yang aku dedicate untuk Kao Liquid Attack Detergent + Softener.

Ngeh ngeh ngeh.. :P




Friday, April 2, 2010

Tok imam terawih tak puasa

Assalamualaikum dan hi...

Agaknye sebab hari ni aku tak berapa sihat, jadi takde idea sangat nak tulis pasal apa ni.. hummmm..

Hmmmmm.. tingat lee zaman umur 25 tahun dulu.. asal hari Jumaat jer, malam tu TT.. asal esok Sabtu, malam tu mesti TT.. jumpa geng2 Savoc nih, mmg seronok sebab bole borak macam2 perkara walopun aku x minat pun ngan mende tu, tapi kurang2 aku tau mende apa yg diperkatakan.. kira cam aku ni adalah seorang yg boleh bercakap tentang macam2 perkara walopun aku tak minat benda tu.. tapi kena tahan sabo jugaklaaa sebab aku akan bnyk bertanya benda2 yg remeh.. yerleee.. x tau dan x penah amik tau.. hehehehehe

Urrmmm.. sungguhlee tak ada idea nih.. nak sambung citer denggi hari tu, malas pulak rasanye.. sekarang ni rasa nak baring2 jer tunggu Encik M call tapi dia tengah bz ngan projek baru dia tu.. malas lee nak kaco.. awak.. dah sihat skit. Tadi gi skolah, makan nasik yg saye tapau semalam :D errmm.. kat sana ada peti sejuk, kat umah aku duk skrg xde peti sejuk. Malas nak beli sebab malas nak bagi harapan pada orang2 sini yg berniat nak beli harta2 aku ngan harga separuh dari nilai yang aku beli.. banyakleee cantik muka diorang tu.. (tingat Pak S yang beriya2 suh aku beli tv, pastu nak beli tv tu separuh harga.. terus pastu aku xmo beli tv!)

Bagi aku laa.. orang sini idup mmg relaks.. diorang macam xde apa nak dikejar dalam masa depan diorang.. abih skolah rendah, dah bole pk untuk kawen dan berkeluarga kalu itu diorang dah tak tahan sangat nak berkeluarga.. diorang ni bnyk berharap pada bantuan yg diberi oleh kerajaan ataupun wakil2 rakyat.. diorang sanggup paksa anak2 pergi skolah sebab bila anak pergi skolah, baru diorang dapat duit KWAPM atau kitorang sebut duit kwam jer.. duit ni adalah duit bantuan untuk warga miskin. Kalu kat skolah aku ni, hanya anak2 guru dan pekerja kerajaan jer yg takkan layak dapat duit bantuan nih. Dan sebagaimana aku kata tadi, orang2 sini sanggup paksa anak ke skolah semata2 untuk duit kwam, sebab diorang jarang nak amik cakna pasal ape yang anak diorang belajo di skolah..

Ada mak bapak yang macam x endah terus pasal anak2 diorang.. bayangkan laaa.. hari tu.. aku potong sebelah sideburn anak murid aku sebab rambut dia panjang sangat, bersama2 ngan abang dia jugak.. aku ingatkan bila dah buat macam tu, budak tu rasa malu, mak bapak dia pun rasa malu.. tengok2 bila adik beradik tu datang esok, rambut macam tu jugak.. bila aku tanye, dia kata ayah dia tak amik kisah pun.. aduhleeee.. apa jenis ayahlaaa macam ni.. bini dia pun x amik kisah pasal anak2 dia, dan duk sibuk ngan orang lain.. aduhleee.. sedey lee aku ngan keluarga nih.. adik badik ni dua2 masuk pemulihan sebab lembab dalam pelajaran.. pening gak laaa sebab yg si adik tu selalu wat perangai dalam kelas aku, dan menarik sama sorang lagi budak lelaki untuk main2 dalam kelas.. adeileee.. nak jer rasanye aku gi tempeleng2 mak bapak dia sebab dah puas dah menghukum budak tu.. eeeeeeee

Tapi ada jugak mak bapak yg mmg amik berat psl anak2 mereka.. mereka mmg nak anak2 depa maju, barulaa nanti anak2 depa akan dapat tolong mereka.. Alhamdulillah.. anak2 ni janganlaa kita manjakan sangat, kelak diri kite yang merana.. macam ada sorang budak pompuan ni, dah darjah 6 dah pun.. tapi masih lagi x bole belajar dengan betul.. kalu jawab ujian pun, x penah lulus.. engko ajo dia hari ni, esok kompem dia lupa dah amende ko ajo.. nak bercakap pun payah nak kuar suara.. tapi yg paling sadis aku dengar.. budak pompuan ni masih nak menyusu ngan mak dia.. aduhleee.. dia tu dah pun akil baligh, dah ley jadi mak orang lain tapi masih lagi tahap baby.. nileee akibatnye bila mak bapak x tegas, bagi jer apa anak2 nak.. hari tu pun ada budak lelaki duk sentuh2 body dia pun, dia ley senyum2 jerk.. nak kata dia ni terencat pun x sebab bole jer dia ingat nombor tepon umah dia dan cakap elok ngan mak dia.. adeileee.. Sakinah.. Sakinah..

Orang sini mmg suka hiburan.. hiburan lebih penting dari mende2 lain.. kalu kenduri kawen, paling kurang pun mesti 7 hari 7 malam.. wajib ada acara karaoke, joget, poco-poco, karoke, joget.. majlis2 tu mesti punye ada yg datang.. akan ada laa pertandingan karoke ngan joget tu, yg menawarkan hadiah2 lumayan, sumbangan 'ikhlas' dari tokey2 judi yg diberi port untuk membuka meja judi kat majlis tu.. tak kiralaa judi apa pun.. judi ketam ke, judi kad ke, judi laga ayam ke.. janji judi, dan mesti ada yang akan berjudi.. mestiiii.. benda2 ni mmg laku x hengat punye.. no wonder lee tokey judi tu ley sponsor tv, beskal dan lain2 untuk pertandingan menyanyi..

Aktiviti nombor ekor? Biasa laaa tu.. penah aku terbaca keputusan nombor ekor ikut sms dalam tepon "mak angkat" aku.. katanye, "Pak Budin yg periksa!" laki dia laa tu.. ada sekali tu "mak angkat" aku cakap, "ehhh! hampir2 ni nombor kereta kita dengan nombor ekor nih!" sambil dia tengok telefonnye.. adeiiiiihhhhhh.. aku rasa keter aku pun rasa nak langgar dia dengar dia cakap macam tu.. tapi tulaa.. "ayah angkat" aku pernah menang 20k sebab nombor ekor, dah dapat beli sebuat bot siap dengan enjinnye sekali, yg digunakan untuk mencari rezeki halal di laut.. aduhhhhhhhh.. rasa nak sakit jantung aku pk aku beli udang ngan dia.. sebab tu laaa aku tak hulur duit walopun "ayah angkat" aku dan Pak S buatkan garaj kereta aku ni.. sebab aku x nak duit aku bagi tu depa guna buat beli nombor ekor. Baik aku bagi makanan or pakaian yang kompem diorang takkan bole buat beli nombor.

Kesimpulannye, aku memang nak cepat2 blah dari sini. Walopun aman berada di sini, tapi hati tak tenang jugak bila pk yg surau di kampung ni akan berbunyi azannye bila tiba2 hari tertentu yg melibatkan makan2.. contoh Nisfu Syaaban ataupun terawih dalam bulan pose. Orang sini ramai yg tak pose, even tok imam time terawih kat surau tu pun x pose pun pada siang harinye. Sebab tu aku tak rasa nak respek langsung kat pakcik tu walopun sedap dia berzikir time abang2 anak murid aku kawen hari tu. Anak dia boleh siap bangga lagi keluarga dia takde sape yg pose, termasuk dia. Aduhleeee.. Aku dah tak sabar nak balik ke kawasan yang penuh dengan tamadun Islam..

Thursday, April 1, 2010

Kununnye le nak taip pendek... :P

Assalamualaikum, dan salam malam Jumaat...


Malam yang berkat untuk beribadat, dan pada pasangan suami isteri yang sah hubungannya, mereka lebih tau apa kelebihannya malam ini bagi mereka :D


Malam ini aku tidak dapat nak taip panjang, sebab mata rasa berat dan kepala rasa pening. Aku akan cuba menumbangkan diri ku sekejap lagi di atas tilam queen yang sudah ku bentangkan atas lantai dalam bilik tidur ku ni. Tabiat laa ni kalau esok cuti, aku akan tidur di atas tilam ni. Kalau tidak cuti, mesti aku tidur atas katil single tu. :D


Ah yeee.. benar bagai ditulis... esok saya cuti. Begitu juga semua warga Luagan, warga Lawas, warga Sarawak dan warga Sabah... kami semua bercuti pada esok hari sempena Good Friday. Rasanye esok adalah cuti pertama dalam tahun ni aku takkan ke mana-mana. Sebab kawan baik ku di sini, Miza sudah pun bergerak ke Kota Kinabalu untuk berjumpa dengan adiknya di sana. Siap amik CRK lagi Isnin nih! Jeles betul aku! Teringin jugak aku nak amik CRK tapi entah bila. Lagipun tak ada sebab musabab untuk bercuti. Kalau ada keluarga aku di sini, bolehla jugak melawat diorang tapi yang paling dekat dengan aku pun sepupu di Brunei. Tu pun depa laki bini bz ngan kerja. Tinggal orang gaji saja di rumah besar tu. Lagipun, bukannya ada apa sangat boleh dibuat di rumah diorang tu. Tak tau pulak nak pergi ke mana di Brunei yang tak ada apa tu. Kalau nak berbelanja, tu adalah satu tindakan bodoh sebab $1 Brunei ~~ RM2.50. Kalau dapat minum air lassi secawan tu okay jugak, tapi...! Aahhh! Baik lagi minum di Bacha. RM2 jer pun!


E'eh, aku ni! Tadi kata nak menaip sikit jer sebab kepala pening! Sekarang dah melalut sampai tahap lassi 2 ringgit pulak! Hilang pening sekejap bila dipaksa2 untuk menaip nih! Hahahahahahahahaha.. dahsyat tul leee kuasa blog ni ke atas aku :P


Ahhhh yeeee (lagi).. tadi aku pergi ke SK Agama (MIS) Lawas, menghadiri Majlis Anugerah Murid Cemerlang UPSR 2009. Aku kena bawak 4 orang budak skolah aku dan Cikgu Jaliha ke majlis tersebut. Perasmi majlis tersebut adalah Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hassan (tengok!!! Aku dah hafal sejibik sejibun nama dia sebab boring sangat tadi!!!) Sebab YB ni tak sediakan teks ucapan untuk ucapan dia tadi, mmg dia merapu-meraban bercakap entah apa2. 




Nujaimi dan errr.. entah apa ke namenye.. :P
Tahun lepas aku dengar dia cakap macam bagus sangat, macam xde cacat cela tapi kali ni dengar macam... "ehhh! Ko ni layak ke x sebenarnye jadi Yang Berhormat nih?" huhuhu.. Sedikit pun aku tak dengar amende duk dia merepek sebab sibuk duk pot pet pot pet ngan Musi, Nujaimi dan cikgu lelaki dari Ulu Merapok tu.. tah apa nama mamat tu, sikit pun aku x tanya.. padahal x penah pun bercakap ngan dia sebelum nih.. huhuhu.. sume Nujaimi punye pasal laa ni.. ngan aku2 pun sama naik ngusik cikgu sandaran nama Huzaimah tu.. huhuhu.. nakal betul laa cikgu2 nih.. :P


Cikgu Musi >>>




Nasib baik leee majlis berakhir kul 4, sebab budak dapat 5A dan 4A1B tahun lepas dalam 40 orang jerk.. kalu tidok, melarat2 majlis ni macam tahun lepas, sampai azan Maghrib... melampau sungguh (sebab orang sini sanggup ketepikan solat untuk majlis2 nih) Aku rasa, efek dari menghadiri majlis ni leee aku jadi pening ni sebab mengantuk sangat time duk dalam dewan tu. Mmg agaknye, lepas2 ni pun.. apa2 hal yg melibatkan bawak budak pergi Lawas, aku kena gi lagi kut? Sebab aku sorang jer yg duk Luagan nih.. sorang2 diri pulak, dan ada kete pulak... pandai jer GB aku bg alasan semalam bila nak mintak aku gi majlis hari ni.. "Sepatutnye Qis yag pegi, tapi takpelaa.. Dami pergilaa sebab Qis skrg kat Limbang. Okaylah ni kang? Peluang untuk mengenali dan bersosial dengan orang2 lain" Huhhh.. kalu Qis ada pun, tetap jugak Dami kena gi sebab sape lagi yg bole bawak budak2 ke sana? Ha? Ha? Ha?


Dahlaa.. malas nak ngumpat orang lebey2... baik aku baring terus dan pejam mata.. selamat malammmmmmm :D


p.s.: Mekacey Cikgu Jaliha belanja saya tapau nasi lelapan petang tadi dan bagi tumpang solat Asar di rumah... nasi lelapan tu tak daya saya nak makan malam ni, jadi saya dah simpan dalam peti sejuk di sekolah. Esok gi kedarah kat sekolah sambil tengok TV.. :D


p.s.: Nak taip sikit pun boleh jadi panjangggg..