Wednesday, March 31, 2010

Misteri Semut Laju

Assalamualaikum dan selamat malam Khamis..

Ummmmm.. aku baru jer lepas menyembur Ridsect ke arah beberapa kelompok semut laju yang ada di rumah aku nih. Semut laju adalah semut hitam yang halus tapi besar dan lari laju dan senang mati tu, yg tak menyusahkan orang sangat banding semut2 lain seperti semut kecik warna merah tu (suka masuk dalam air) dan semut api.

Sebelum ni, aku x berminat pun nak membunuh serangga2 yg dianggap penyelamat dari semut kecik merah tu (ni aku akan panggil semut degil). Mmg kalu nampak semut2 laju ni angkut telur diorang berhijrah ke tempat lain, aku wat derk jerk. Tapi sejak akhir2 ni, aku sedar diorang ni selaluuuu sangat duk mengangkut telur2 diorang kat toilet tu. Ada sekali tu diorang memanjat sampai ke siling dan berkumpul kat situ. Tah lee apa depa wat kat situ sebenarnye. Tapi sekejap jer, lepas aku masuk toilet.. tak sampai 5 minit semut laju ni dah tak ada kat atas, tapi abergerak ke kawasan lain.

Semut laju ni habitat dia.. urmmm.. aku pun tak ley nak berapa agak kat mana selalunye diorang akan berkoloni. Tapi rasanye depa suka duk kumpul dalam ruangan gelap yg luas, contoh celah bata dinding, belakang dinding kayu lapis (macam kat umah aku ni laa).. as long as ada celah, di situ laaa tempat depa akan menghuni. Masalahnye, depa ni x bole ada gangguan asing. Cuba kalu hangpa tiup sikit kat sarang depa, terus saja depa angkut telur2 putih depa dan belah cepat2 dari situ. Tak sampai 5 minit, sarang kosong. Hummm.. sesuai sangat lee dipanggil semut laju.. mmg serba laju.

Sejak akhir2 ni diorang kerap berpindah, dan aku perasan.. selain semut laju dan telur2nya, ada gak serangga2 hitam yg bole terbang dalam kelompok depa. Aku rasa tu semut2 yg high class sket dalam kelompok depa. Dan aku rasa leee.. sebab utama depa ni selalu sangat jadi nomad ni sebab cicak2 kat umah ni buat gangguan besar kat depa. Cicak2 tu mungkin berminat untuk ngap semut2 high class tadi sebab body semut hi-class tu beso lebih sket dari semut biasa. "Kira kalu dapat makan tu kenyang gak laa banding makan semut2 keding tu", kata seekor cicak yg ditemuramah. :P

Ni yang terbaru malam tadi, kira cam kelompok paling besar pernah aku tengok dalam rumah aku nih. Di dinding dapur, di siling dapur, di atas lantai dapur dan di atas lantai antara ruang tamu dan dapur aku. Memanggg sangat banyak. Biasanye, kalu aku nak diorang lari, aku tiup jer arah kelompok depa, terus bercerampa depa lari kulu kilir. Tapi kali ni, naik seram pulak aku tengok hitam jer dinding ngan siling.. baru aku perasan rupanye aku telah menyebabkan mereka membiak dengan begitu bnyk. Tujuan aku biarkan mereka stay dalam rumah aku ni (ayat macam depa bayar sewa ngan aku :P ) adalah sebab aku tak nak adanye kehadiran semut degil. Kalu ada semut degil, abihlaaa masuk dalam air rumah aku. Tu yg lagi geram.

But in the end, aku terpaksa gak menghunus Ridsect ke arah kelompok semut laju nih, dan membunuh sebahagian daripada mereka. Sebab aku takut penghijrahan mereka akan melarat pulak masuk ke dalam bilik aku. Aiyoooooo! Itu sudah melampau! Jadi, maafkan aku yee semut2 laju. Anda mmg dialu-alukan dalam rumah aku ni, tapi bila hangpa duk terlalu ramai dan duk main pindah sana-sini, itu sangat2 laa mengganggu penglihatan. Saya mmg tak ley buat apa pasal cicak tu, sebab saya mmg tak berapa berani nak bunuh cicak nih. Sekali lagi, maafkan saya wahai semut2 laju. Kali ni, benarkanlah saya untuk membuat segelas air untuk menghilangkan kelaparanku. Tolonglaaa berambus dari meja kat dapur tu. Huhuhuhu..

Sekian.

p.s.: Tengah aku menaip nih, tiba2 ada seekor cicak cuba menyelinap ke tingkap tepi aku nih, dan entah macam mana, terlalu pulak tangan aku ni menghentam cicak tu yg cuba bersembunyi di belakang plastik kertas yang aku gantung di tingkap. Koma terus cicak tu. Hihihihihi.. berjaya gak aku bunuh seekor cicak. :P
p.s.: Tadi terpaksa membunuh geng2 semut laju lagik.. tak tau apa matlamat diorang bawak telur2 diorang ke tepi2 dinding toilet, tapi sungguh mengganggu penglihatan.. dan nmpk macam diorang lagi besar dari sebelumnye.. salah pandang kuttt?

Selingan: Kamus Lawas
Semut padas/pedas = semut api
belusir = berlari

Tuesday, March 30, 2010

Amende lee Tok Elijebeh tu bule buat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku nak straight to the point terus amende aku yg nakkkkk sangat tulis kat sini sekarang..

Siang tadi aku argue dengan Guru Besar (GB) aku pasal sebutan THEME. Aku tanya dia pasal ujian lisan BI untuk budak2 kelas dia mengajo.. dia pun explain2 sampailaa tiba2 dia sebut "them". Aku tau dia tengah cakap pasal "theme" so aku immediately betulkan dia, "Theme".. dan dia pulak bersungguh2 jugak bgtau aku "them".. mula aku ingat dia bergurau tapi dia kata sebutannye betul. Aku pulak cakaplaa salah tu boss, sebutnye bunyi "thim" Aku mmg dengan muka konfiden giler laa ni sebut "thim" sebab dalam sepanjang hayat aku, aku tak penah dengar orang sebut THEME sebagai "them".

Tiba2 dia tanya aku, "kita major apa dulu?" (kita dalam konteks orang sini bermaksud kamu) aku terkedu, sebab aku akui masa kat maktab hari tu aku amik major Pendidikan Jasmani yang langsung tak ada kena-mengena ngan English. Kemudian sambung, "ni.. (sambil point diri sendiri) belajar Teaching In English Education nih." katanye mendabik dada sebab memang betul pun sekarang dia dah hampir habis menyambung degreenye dalam course tersebut. Aku ingat aku nak jer lawan riak ngan dia dengan yang aku telah ditrain oleh Mrs. Patricia Tan (I miss you Pat!) time kat Linksys hari tu, tapi aku tukar fikiran dan terus jugak cakap, sebut "thim". Sebab boss aku ni tengok aku ni keras kepala gak tetap nak menangkan sebutan aku (mmg aku keras kepala kalu aku rasa aku betul :P) dia kata pulak, apa dia sebut tu adalah berdasarkan pada Queen's English.

Aku nak jer sebut masa tu, "What the hell?" tapi tingat yg aku sekarang ni bukannye di kalangan kawan2 Linksys yang mmg selalu mengeluarkan ayat kurang ajar :D (WTF, sh*t, f**king dan macam2 lagi yg aku xmo ingat, tu irama di telinga jer masa kat Vads dulu.. huhuhu) Aku rasa aku ada cakap sesuatu lepas dia kata Queen's English tapi aku x ingat..

Tapi kat sini aku nak bgtau.. baik aku ataupun boss aku tu, x penah pun bercakap ngan Queen Elizabeth, Prince Charles, William, Harry, Edward, Zara, Phillips atau mana2 keturunan penjajah Tanah Melayu tu, so amende sangat nak puja dengan Queen's English? Adakah disebabkan Queen tu adalah tuan kepada tanah United Kingdom, maka kita kena ikut cara depa bercakap? Aku dah banyak kali dengar cerita dari orang2 yg pernah melawat UK, orang sana cakap English pun ada slang sendirik (macam laa kita cakap Melayu, ada loghat Terengganu, Kelate, Utagha, Brunei, Pahang, Indon) Pendek kata, Queen's English tu hanyalah salah satu slang yg digunapakai oleh orang2 Istana di sana.

Kalu kita tanya pada keluarga2 diraja di negara kita ni, adakah mempraktikkan bahasa istana ketika percakapan? Aku yakin diorang cakap tak! (Malah duk bangga lagi cakap omputeh macam diorang tu sebenarnye dilahirkan dengan rambut warna blonde.. huhu) Berapa kerap dalam lifetime kite dapat dengar Queen Elizabeth berucap? Adakah Queen akan menganugerahkan kita dengan pangkat Sir kalu kite dapat bercakap dengan slang Queen's English penuh lancar?? Tidoknyeeeeeee.. tok penoh dibuat oleh tok elijebeh tu pun.. :P

So.. dengan terang2 nye di sini saya sungguh tidak bersetuju Guru Besar menggunakan hujah "Queen's English" sebagai jawapan kenapa dia sebut THEME sebagai "them". Sila cari hujah lain untuk mematikan hujah saya di masa hadapan. Huahuahua

Sekian..

ngeh ngeh ngeh..

Selingan: Kamus Lawas
kita = kamu

Kenapa saya dah tak tengok TV waktu malam di skolah?

Assalamualaikum dan salam Selasa..

Bibir aku masih lagi mahu menguntum senyum, bila tingat malam tadi dalam kul 1:20 pagi, tiba2 jer cik abang call.. bukanlaa aku nak tersenyum sebab dia call.. tapi tersenyum sebab tingat yg tulisan aku dalam blog ni telah buat dia kembali ceria selepas menghadapi masalah sukar.. dan bila dia bercerita balik sebab apa yg buat dia hilang marahnye (My B U double T), aku pulak gelak tak berenti macam orang giler sebab sebenarnye bila dipikir2 balik, mmg x dibuat oleh wanita yg penuh keayuan citer pasal B U double T nih.. :P nasib baik laaa umah aku ni jauh dari umah orang lain, duk pulak sorang diri.. kalu tidak, mestilaaa orang umah sebelah pun terjaga dengar aku mengilai kul 1.30 malam tadi.. huhuhu..

Sebab tu laa aku rasa bersemangat nak teruskan menulis blog nih.. sebab aku nak buat semua orang, x semestinye Encik M, tapi semua orang tersenyum dengan amende yg aku sanggup tulis dalam nih.. ngeh ngeh ngeh.. sekurang2nye, bila tau orang terhibur baca amende aku ngarut kat sini, aku pun rasa lega hati dan hilang serabut2 yg terselirat dalam benak hati dan kepala aku.. huhu (ayat sastera x hengatttt!)

Jadi skrg, aku nak tulis pasai apa.. bukak telinge luas2, terdengar bunyi orang tengah mesin rumput kat padang belakang umah aku nih.. actually tu padang tapak sekolah lama.. dulu SK Luagan betul2 tepi sungai kut, sebab rumah kuarters kat belakang tu mmg dah hampir2 pun dekat tebing sungai.. (orang sini panggil tambing untuk tebing atau berhampiran sungai) Umah kuarters tu dah x dihuni dah sebab mmg dah agak lama, dahlaa jauh ke belakang sana.. penah gak laa aku propose nak duk situ masa awal2 datang sini dulu, tapi Guru Beso aku tak bagi sebab rumah tu dah dalam proses pereputan.. dah jadi tempat simpan perabot2 kuarters dan skolah jerk.. umah tu pun kecik sangat banding umah aku duk skrg.. dan skrg aku pulak duk sorang2 diri dalam umah nih.. ish ish ish.. seb baik aku bukan penakut untuk tinggal sorang diri :D

Ah ye.. aku nak cakap pasal orang mesin rumput tu.. sebenornye, bukan pasal orang tu.. aku pun x tau sape tengah duk ayun batang pemotong kiri kanan kat rumput tu.. huhuhu.. tapi aku nak cakap pasal tukang kebun kat skolah aku nih.. nama Pak S. Tahun lepas anak dia belajo Tahun 6 kat sini.. tu anak dia yg bongsu. Kalu kira, aku ni ramah gak laa ngan dia sebab aku kan boleh bercakap ngan sesape jerk.. pastu ada gak laaa aku mintak tolong dia wat apa2.. contoh bekki lampu dapur umah aku ataupun buat wiring lampu kat bilik air.

Tapi la ni aku dah tak cakap ngan dia.. aku naik serrrraaammmmmmm.. nak gi tengok TV kat skolah malam2 hari pun aku x nak dah, walopun ada citer besh malam tu.. sebab tu aku donlod Amazing Race season baru nih.. :D kenapa aku naik seram? Ok.. paaaaada satu malam.. budak2 pompuan tahun 6 skolah aku nih datang tido umah aku.. ni citer tahun ni yee? Bukan citer sebelum2 nih.. budak2 tu beriya2 nak mai tido umah aku, kunun nak datang belajo.. alih2 bila aku kata, "awak seme belajo, saya nak gi skolah tengok TV" depa nak ikut pulak. Aku ni mmg niat dah malam tu nak gi tengok American Idol. Malas aku nak bg depa ikut, tapi aku ni kalah dipujuk so aku bagi syarat depa siapkan dulu keje depa baru datang skolah.

So 5 minit lepas aku dah tengok TV tu, budak2 tu datang. Bila tau aku tengok American Idol, depa cari idea lain untuk hilangkan boring depa duk bilik guru tu.. depa main congkak. Sebenarnye, budak2 tu x minat program Bahasa Inggeris walopun ada sarikata.. kalu tayang AF tengok sajeee.. urrrmmmhhhhhh.. :( Bila depa main congkak, aku saja sebut.. "Tak elok main congkak malam2.. Ingat x citer Congkak???" Terus depa berenti. Penakut rupanye diorang ni.. agaknye depa takut duk umah aku tadi bila aku xde walopun depa semua 5 orang, sebab rumah aku tu sunyi takdak TV.. :P depa main game lain pulak..

Aku tengah syok tengok TV, tiba2 terdengar bunyi motor.. rupanye Pak S yg naik motor tu dan datang ke situ.. ooooo.. rupanye dia tolong gantikan shift pak gad malam tu.. dia datang sebab curious tengok ada budak dalam bilik guru.. then baru dia tau aku tengah tengok tv.. dia tanye aku camne ley tengok tv tu? Kad Astro tu dah ok bla bla bla? Dia tanya aku.. Ada hati dia hari tu nak pinjam kad Astro aku tu sebab aku bayo tiap2 bulan, dan umah aku takdak tv.. baaaaaanyak cantik muka dia.. bayo kad sendiri takmo pastu nak pakai kad orang.. huhhhh..

Then bila dia tau aku tengok American Idol, aku ingat dia nak blah.. rupanye dia duk belakang aku, atas meja Cikgu Azizol.. duk menonton sama.. entah dia paham entah tidak, aku pun x tau.. tapi mmg aku duk heran sorang2 diri.. "Apasal orang tua ni stay gak tengok American Idol nih? Bukannye dia paham pun.." Time iklan, bole pulak mintak aku alihkan tapi aku wat derk jerk.. Adalaa alih skjp.. citer apa tah, besh jugak lee tapi lepas tu aku tukar balik AI.. saje x nak buat pakcik tu makin terlekat tengok tv.. alih2.. sampai abih AI, baru laaa dia berenti tengok.. tu pun sebab aku cakap aku nak balik.. tp dalam masa tengok tu.. mmg aku serrrraammmm giler.. kepala duk pk.. "Awat orang tua ni? Dia bole tahan ke tengok AI nih? Anak2 murid aku ni pun sanggup wat mende lain dari tengok citer nih, inikan pulak dia lelaki tua!" pastu aku duk tingat2 member aku citer pasal orang tua tu duk SMS dia pasal bnyk benda.. duk tanye kenapa member aku tu macam wat derk ngan dia laa apa laaa.. ish ish ish.. masa tu aku berharap cepat2 laaa AI habis.. sikit pun aku x berpaling ke belakang..

Pastu minggu berikutnye, ada majlis sukan2 skolah rendah.. aku kena gi sama ke SMK Lawas untuk teman budak2 aku.. hari apa tah aku dapat SMS dari Pak S tanye aku apa keputusan untuk hari tu. Aku langsung x balas, sebab aku teringat lagi hal dia tanya aku tiba2 pasal murid2 Tahun 2 dan 3 malas anta keje skolah.. sedangkan dia tu tukang kebun jerk, anak tahun 2 atau 3 pun dia xdak, camne lak dia tau lebih2 dan nyibuk lebih2 pasal hal tu? Entahleee.. aku rasa cam Pak S ni macam bz body pulak nak tanya pada aku.. padahal dia bole tanya pada cikgu2 lain yg lebih rapat ngan dia yg turut sama gi sukan tu..

Sejak tu, dia langsung x SMS aku dan bercakap ngan aku.. agaknye sebab aku sentiasa cari peluang untuk tidak bertembung ngan dia.. aku pun x tau laaa amende dia pk.. mungkin dengan aku ni dia xde lee teruk sangat banding dia ngan kawan aku tu.. sampai kawan aku tu nak lari cepat2 dari skolah sebab penderaan jiwa dari pakcik tak sedar diri nih.. mungkin dah sampai masa untuk bini Pak S berexercise dan mengempiskan bahagian yg patut dikempiskan, sebab Pak S belum betul2 tua lagi walopun dah ada cucu.. maklumlaaaa.. orang sini kawen muda2..

Bukanlaa niat aku nak berkurang ajo ngan Pak S.. Pak S mmg dah bnyk tolong aku kat sini.. dan aku pun x reti nak balas budi ngan ape.. ada 2 3 kali aku cuba nak ngulur skit duit kat dia sebab nak bayo budi dia buatkan garaj kete aku bersama ngan "bapak angkat" aku tp x tersampai2.. skrg ni pulak dah x bercakap langsung.. tapi...... Pak S sendiri yg buat aku jadi kurang selesa.. sebab tu aku dah tak tengok TV kat skolah malam2 hari lagi, kecuali malam tadi leee sebab nak gi restart modem.. :D

Pak S.. saya ni sbenonye pangkat anak jer ngan Pak S.. sama umur ngan anak Pak S.. tolonglaaa jangan gelarkan diri Pak S sebagai Abang S dengan kami.. kami geli aaaaaa..

Selingan..
Kamus Lawas... :P
usin pecah = duit syiling
tambing = tebing sungai
barai = bayar <-- yg ni bahasa Brunei

Monday, March 29, 2010

Mengarut pasal Denggi 1

Assalamualaikum dan selamat malam..

Pukul 8:15 malam tadi, aku gi ke bilik guru untuk cek modem SchoolNet sebab sampai sudah tak dapat2 tenet.. tah berapa kali aku remote reboot router, tapi still tak dapat tenet. Bila dah reboot modem dan router, Alhamdulillah, setel problem. Tengah duk tunggu modem tu stabil (saje nak tengok, padahal bole tinggal camtu jerk :D ), aku layan Amazing Race kat TV dalam bilik guru tu..

Kad Astro yg dipasang kat decoder tu aku punye.. saja tinggal situ sebab kat umah aku ni bukannye ada tv pun. Ada decoder pun lepak jer dia bawah katil bilik sebelah nih. Ari tu terpk gak nak beli tv, siap gi survey lagi kat kedai Joseph ngan Chop Sing Sing kat Lawas tu.. tapi last2 x berapa nak jadi sebab aku x ley nak agak berapa lama aku kat Lawas nih.. karang kalu beli, tapi dapat tukar tahun depan, rugi.. tapi kalu x beli, pun rugi gak.. takutnye lama lagi aku kat sini (mintak simpang, giler boring dah nih!) Pastu duk pk2, start tengah tahun ni, macam2 program menarik di saluran sukan Astro.. World Cup, Asian Games, Commonwealth Games.. wooooooooo.. rugi tu kalu x sama2 menyaksikan bersama seluruh warga dunia (pada World Cup leee :> )

Urrrgghhh.. tiba2 tingat pulak.. time aku tengah duk sebok layan World Cup tahun 2006, time tu laaa aku kena denggi.. dan dalam tengah demam denggi tu (tapi lum dapat detect sebab klinik lambat cek darah) sempat gi anto slip gaji kat cousin untuk urusan buat loan keter beli Savvy sekarang.. nasib baik leee time tu, kawan baik aku, Faizah Ahmad teman gi jumpa Abang Ji kat Seksyen 13. Kalu dikira rentetan kisah denggi dan Savvy nih, agak panjang gak laaa..

1. bermula dari 2 Jun time aku menghala ke Kuala Pilah sebab nak join family aku menghadirkan diri ke majlis kawen sepupu aku kat situ,

2. then family aku datang umah kat Shah Alam, aku siap beli Domino Pizza kat Shah Alam tu, first time gak laaa family aku makan pizza tu.. :D

3. ke bab aku gi ofis pada hari Ahad, dan terasa pening kepala pada petang tu.. tingin pulak nak dapat MC untuk esok hari sebab x penah MC sepanjang 6 bulan keje kat MRCB..

4. dah jumpa doktor (doktor muda yg rawat orang macam x rawat sebab sekejap sangat) takde pulak dia bagi MC.. waaaaaa..

5. malam tu pening kepala siangnye bertukar menjadi demam.. makan ubat doktor bg..

6. then esok pagi bangun demam tak kebah, so call colleague cakap nak amik MC sebab demam

7. mintak tolong Faizah bawak gi klinik semalam (sebab mmg tu klinik panel MRCB), jumpa doktor yg mmg betul2 doktor.. then doktor tu tanye soklan.. "Doktor semalam ada bagi antibiotik dop?" aduhhhh.. mmg takdak.. patutlaaa demam x surut.. dapat MC 2 hari :D for the first time tuuuu.. :P then doktor tu ckp, kalu demam tak surut, datang balik amik darah

8. balik umah, baring depan TV (ekceli PC aku tapi pasang TV card :> ) malam tu dapat layanan tip top first class dari Faizah, Jaja, Sue dan Pina.. amende nak makan, cakap jer kat depa.. tapi aku takdak selera nak makan (macam for the first time gak jer takdek selera nak makan.. kekekekeke), aku tido jer sampai Faizah terpaksa gerakkan aku suh bangun makan.. ish ish ish.. x penah leee aku demam orang bg layanan tahap tu.. mekacey Pekjah.. :D Malam tu gak first time aku muntah.. aiii? first time lagi??? Ha'ah.. muntah buat kali pertama sejak entah berapa belas tahun.. dulu duk tingin sangat nak muntah.. dah skali rasa balik muntah tu kuar dari perut, aduhhhhhhhh.. seksanyeeeeeeee.. abih kuar segala asid dalam perut.. waaaaaa..

9. demam rasa kurang sket, tapi sekejap panas sekejap sejuk.. asal siang jer cam baik jer demam tu tapi bila malam kuat balik.. adeiihhhh.. Piala Dunia pun dah tak dapat nak follow sebab x larat sungguh

10. akhirnye balik semula ke klinik untuk amik darah.. sebab gi masa lunch hour, so duk menunggu luar klinik tu sbb pintu berkunci.. sebelah klinik tu ada Ani Sup Utara.. Faizah ajak duk dalam restoran tu.. masuk sekejap tapi kluar balik sebab tak tahan bau sup.. sanggup lagi duk kat koridor dari duk hidu bau yg ley buat aku muntah.. akhirnye kul 2 baru dapat masuk klinik.. doktor yg bagus tu amikkan darah.. dia bagi MC lagik.. adeihleee.. harapan nak MC untuk sehari jerk, tengok2 dah 3 hari MC.. adeideidei..

11. tak ingat hari apa, tapi sepupu mintak hantarkan slip gaji keje kat Seksyen 13 tu.. dah jumpa dia, dia ajak minum tapi tak daya nak duduk lama2 walopun dia sanggup belanja.. demam ni Abang Ji weiiii..

12. tak ingat malam bila, samada malam lepas doktor tu amik darah ataupun malam esoknye, dapat call dari sorang minah tu.. dia kata "tak berapa pasti nih, tapi awak mungkin saspek denggi. Tapi nanti esok tolong datang balik ke klinik untuk amik darah sekali lagi." Seram sejuk dengar dia kata camtu.. dahlaa call aku lepas kul 10 malam.. giler ke hapeeee?

13. gi balik ke klinik, pagi2 hari lagi dah pegi.. seingat aku hari tu adalah hari Jumaat yang muram sebab baru lepas hujan.. kali ni, aku mmg dah tak larat naik motor (sebelum2 ni mmg Faizah bawak gi klinik dan jumpa sepupu aku) so pagi tu naik Kembara Jaja ke klinik kat Seksyen 2 tu.. sampai sana doktor bagus tu jugak ada masa tu.. tengok keadaan teruk aku, dia ubah pikiran, suh aku gi stret ke hospital sebab dia mmg dah betul2 saspek aku denggi.. so dia cakap nak pass aku ke Hospital kat Seksyen 24 tu.. tak ingat dah nama apa.. tp aku call colleague aku tanya boleh pasal panel hospital.. colleague aku cakap Hospital Darul Ehsan (DEMC) kat Seksyen 11 tu panel utk MRCB gak.. lagi senang nak gi DEMC sebab lagi dekat ngan tempat aku dari kat Seksyen 24 tu.. so aku terus cakap kat doktor tu mintak wat surat ke DEMC jer.. doktor tu setuju..

14. lepas dapat surat dari doktor tu, sekali lagi Jaja bawak aku dan Faizah ke DEMC.. dalam perjalanan yg sebenarnye singkat tu, aku rasa lama sangat.. dan aku pulak gi baring kat belakang.. mula laa rasa perasaan nak muntah tu tapi aku tahan.. sampai2 jer kat hospital, terus aku gi masuk dalam toilet dan kuarkan segala isi badan dalam lubang tandas.. aduhhh.. sengsara.. badan mmg dah lemah giler masa tu..

15. Faizah pass surat tu kat kaunter, dan aku menunggu sementara admin DEMC tu wat apa tah.. ahhh ye.. aku tepon gak colleague aku, tanye amende aku patut buat sbb aku sendiri x penah pun masuk spital.. colleague cakap dia dah bgtau HR untuk wat surat apa tah, lupa lak aku untuk pas kat hospital.. last2 akhirnye aku dipanggil masuk jumpa doktor..

16. diorang suh aku baring, cek darah aku, cucuk aku ngan air.. kompemmm.. aku kena denggi.. dalam masa aku tengah baring tu, tiba2 lak aku dapat call.. orang dari Am Bank call aku tanye pasal detail aku, time2 tu jugak aku cakap aku tengah baring atas katil kat hospital sebab kena denggi.. huhuhu..

17. aku dibawak atas kerusi roda naik ke tingkat 3.. mula tu duk dalam bilik yg agak comel laa.. walopun ada 2 katil dalam bilik tu tapi tv sorang satu.. masa tu share bilik ngan sorang budak yg sakit apa tah.. tapi last2 kena tukar masuk bilik lain yg langsung tak ada tingkap macam bilik tadi.. share ngan sorang auntie yg aku lupa sakit apa.. Faizah balik amik baju aku, then sepupu aku call tanye pasal bab kete ni gak, terus aku cakap dia aku kat DEMC kena denggi.. malam tu dia mai.. hari pertama tu aku bnyk tido jerk..

mak aiiiii.. bnyknye rentetan citer aku nih.. nostalgia ke amende ni Dami oiiiiiii.. malas dah nak sambung wat masa ni.. kul 12.40 malam dah.. aduyaiiii.. tapi esok karang aku nak sambung balik, sebab kalu aku tak sambung balik, aku takut aku lupa terus sbb bnyk dah detail pasal memori aku ni aku lupa.. kalu tanye amende tarikh aku kena denggi? mintak maap.. aku sendiri tak hengat.. ngeh ngeh ngeh..

Samat malam.. Wassalam.. :D

Musim debu sudah berakhir

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Sekarang ujan tengah turun mencurah2 kat luar sejak pukul berapa tah.. tapi masa aku bangun kul 5:45 tadi mmg lebat giler leee ujannye.. lama dah aku tak dengar ujan lebat time pepagi nih.. biasanye cuaca kat Luagan nih ujan lebat time petang sampai ke tengah malam, pastu pagi cerah macam xde apa2 berlaku semalam. Dan terpaksa aku wat PJ hari tu (kalu ada PJ) sebab alasan budak2, matahari atas kepala. Ishhhh!

Hari ni pulak takde PJ, yerlaaa.. hari Isnin wajib ada perhimpunan! Kompem takde perhimpunan leee.. Alhamdulillah.. sebab yg pastinye, aku akan terkocoh2 memasak air panas guna cerek elektrik tu ngan masak nasik menggunakan periuk elektrik! Ni gara-gara elektrik di kawasan aku ni akan dipadamkan pada pukul 8 nanti sammmmpaila ke pukul 4 petang. Aduileeee.. panaslaaa aku hari ni.. nyesal pulak gosok baju benang hitam dan pakai hari nih.. sebab kompem panas time dalam kelas nanti.. kalu ujan ni turun sampai ke tengah hari, nyamanlaa sket.. tapi kalu dia stop kul 9 pagi nanti? Panas! Panas! Panassss!

Eeehhh? Pukul 6:43 dah? Aku kena gerak laki aku bangun tido!

Isshhh.. tak berangkat.. dia ni liat nak bangun tido.. aduyaiii.. selagi hidup bujang, selagi tulaaa dia masalah nak bangun nih.. (cepat2 leee kite kawen.. ngeh ngeh ngeh)

Langit masih menunjukkan belum ada tanda2 hujan nak berenti.. bagusleeeee.. teruslaaaa menghujani bumi Luagan yang kontang nih.. bayangleee semalam time tengah hari, angin tiup sikit jer, terus debu lumpur banjir bawah rumah aku terbang dibawak angin.. aduileee.. patutlaaa kete aku cantik jer kena bedak.. mmg dahsyat gak laaa fenomena kemarau kat sini.. kalu main bola tampar hari tu, asal angin bertiup jer, terus kena tengok arah lawan angin atau pejam mata terus.. sebab angin terbangkan debu simen lantai court tu.. INI SUDAH MENGGANGGU GAMEEEEE.. :'( pastu kalu lalu jalan yg belum berturap (tengah dalam pembinaan) kat kampung aku nih, senang jer debu2 terbang naik, terus tak nampak apa kat depan.. nak2 kalu bawak motor.. aduhhh! Nazak2.. pedih mata wa debu masuk mata.. helmet pulak x pakai.. kalu exiden saje jer wa hidup x kawen2.. :P

So in the end......... ujan lagik.. teruslah menghujan.. masa untuk gi skolah.. Ishhhh.. terpaksa bukak payung.. benda pulak banyak kat tangan nak pegang nanti.. adeiyaaa.. ok lah.. nak try miscal laki aku sekali lagik.. sian dia terbabas Subuh nanti.. dahlaaa nak gi keje pun jauh gak tu.. patutnye masa ni dia dah kuar gi keje pun.. tapi sebab dia tu tido mati, ish ish ishhhh..

Selamat berhari Isnin!

p.s.: Genap 2 bulan lagi untuk aku jumpa laki aku di LCCT.. ngeh ngeh ngeh.. x sabo x sabo! :D

Sunday, March 28, 2010

My B.U.double T

Assalamualaikum dan selamat petang..

Urrrmmm.. bila aku tengok gambo profile aku kat sebelah, terasa begitu kurus muka aku ni sekarang berbanding dulu.. huhuhu.. gambo profile blog ni diambil tahun 2007 pakai kamera Olympus aku dulu (mati bila terkena air laut Pangkor) dalam bilik tido di rumah sewa milik sepupu aku kat Seksyen 8 Shah Alam.

Aku cari di mana aku letak gambo bertudung hijau nih.. tapi takde pulak dalam laptop aku.. samada dalam PC lama aku atau pun dalam PC ofis aku kat MRCB tu, means.. dah kena format.. aaaaahhhhhhhh.. aku pun budus gak x pindah harta2 peribadi aku dalam PC tuh.. mentang2 takde pen drive, takdak usaha aku nak pindah terus.. dah nak berambus dari opis tu pun aku xde usaha gak nak alihkan.. skrg ni, padan muka! Habis hilang seme gambo2 kenangan aku amik dulu2 menggunakan kamera Olympus yg dibeli oleh kawan aku kat Jepun.. uhuk uhuk uhuk..



<< Gambo yang diambil tahun 2007














^^Gambo yg diambil kat Sepilok, 14.03.2010


Aku rasa bila tengok dua2 gambo ni, xde beza pun muka aku nih.. nampok yg 2010 tu lagi tua adalah.. uhuk uhuk uhuk.. I sedar I dah berusia lebih 3 tahun dari gambo pertama.. uhuk uhuk uhuk.. :P

Berbalik semula ke isu kurus dan tembam.. :P bukanlaaa aku x suka aku ni naik berat badan, tapi tak terbiasa lagik.. dulu metabolisme tinggi giler.. makan ayam KFC 3 ketul + 2 slice pizza large + mash potato KFC bekas beso + coleslaw KFC bekas beso + kek birthday lecturer aku, macam makan angin jerk.. tu time 2005.. time tu laaa aku mula tidak menyukai bahagian dada ayam sebab sungguhlaaa muak makan dada ayam banyak2.. kekekekeke.. tapi skrg, asal makan bnyk jer, terus jarum penimbang berat kat pejabat skolah aku tu mara ke kanan sikit lagi.. adeiiii.. metabolisme dah kurang aaa nih..

Yg peliknye, walopun berat badan makin naik, muka aku pulak makin macam orang x cukup makan.. bayang laaa aku balik Semenanjung tahun lepas, seme orang tengok aku kata aku lagi kurus dari dulu.. awatttssss? Sedangkan berat badan aku bertambah dan x reti nak turun.. dah diorang tengok muka aku kurus, depa sumbat lagi aku ngan makanan.. adeilaaa.. aku ni pulak jenis x reti nak tolak rejeki, terime jerleeee.. sumbat laaa lagi dan mengembangkan lagi bahagian2 yg sepatutnyer berhenti dikembangkan.. huhu..

Tapi la ni, aku berani dah tolak makanan.. makan ala kadar jer.. aku takut makin naik berat badan aku, makinlaaa datang macam2 penyakit.. dahla aku jarang exercise dah le ning.. nak suruh aku joging jangan haraplaaaa.. x suke! x suke! x suke! aku joging pun kalu ada tujuan jerk.. :P kalu main ngan budak2 ley gak laaa tulung aku exercise, tapi karang naik lemak lak budak2 tu kalu aku asyik duk ikut jer kehendak depa nak main apa.. aku kang cekgu penyayanggg (hotttakkkk dieee :p)

Pastu lak, nak jadi bini orang dah (Insya Allah).. takut gak laaa kalu laki aku nanti, tiba2 cakap.. "Yang, nampak jer awak ni kurus, tapi rupa2nye berat yeee?" uhuhuhu.. pastu dia akan menyambung bebelan dalam gurauannye yg akan membuatkan aku kemerah2an malu dikutuk laki sendirik.. demnnn.. takpeleeee.. janji awak sayang saye.. ngeh ngeh ngeh.. ;)

Jadi dengan ini, saya bermatlamat untuk menurunkan berat badan saya!!! Chaiyok! Chaiyok! Chaiyokkk! Kurang2 bahagian bawah tu xde lee rasa beso sangat.. uhuhuhuhu..

Ada tips tak camne nak kecikkan bahagian punggung? waaaaaaaaa.. aku dalam dilema.. :P

Lempeng pisang ayahku

Assalamualaikum..

Selamat bertemu buat kali pertama dalam blog Dummy Best.. (aku mmg best! :P )

Aku wat blog ni atas saranan ramai member kat NRU tu.. actually aku malas sket laa nak wat menatang ni, sebab kalu dah mai bosan aku nanti, aku wat derk jer sampai sudah.. huhu.. tapi skrg ni aku pun bosan, kesunyian (psl duk umah ni sorang2, malas nak gi mana2 :> ), bnyk pulak mende aku pk dan mendesak2 aku untuk kuarkan bendape aku duk pk tu, jadi aku pun create laaa blog nihhhhh.. ngeh ngeh ngeh

Ingat nak ikut cakap nK, amik balik mendape aku post dalam NRU (citer yg panjang berjela2 tu) dan paste dalam nih, tapi aku pulak tak ingat dalam topik mana aku wat citer tu.. kalu nak check satu2, abih satu hari rasanye.. huhuhu

Aku pun tengah duk pk lagi, mende appppaaa aku nak tulis dalam post kali pertama nih.. skrg ni tengah duk tengok video sorang budak main henpon sambil isap sigut atau dalam bahasa mudah, rokok.. tengok sendiri..


Macam mana kita didik anak kita, macam tu laaa jadinya.. sebab anak akan ikut appppaaaa saja yang mak ayah dia ajar.. contoh macam kat skolah aku mengajar sekarang.. walopun sampai berbuih mulut, mencurah2 air liur duk ingatkan budak2 tu untuk buat apa yang sepatutnye dibuat, tapi kalu mak bapak tak buat, depa xkan buat.. contoh kalu nak suh budak belajo kat rumah, kalu parents wat derkkk jerk.. enjoy leee budak2 tu duk umah, main-main Mat Cool Kawanku, mari kita main-main.. pastu bila esok datang skolah, kena piap ngan cikgu2.. asal tanya x menjawab.. entah dibuatnye muka bersalah ke tak, sepesennn jer mukanye.. tapi kalu bab2 main dan hepi2, laju jer depa.. huhhh!

Aku duk terkenang balik, macam mana mak ayah aku didik aku dulu.. duk terpk2 kenapa aku jadi garang.. mak aku x garang, ayah aku pun x garang.. tapi ayah aku marah, rasa cam dunia nak pecah jerk.. penah gak aku kena tempeleng ngan ayah aku time bulan pose.. masa tu aku darjah tiga.. tengah tunggu time nak berbuka tu, aku duk push mak aku wat lempeng pisang.. mak nak lempeng pisang, lempeng pisang, lempeng pisang.. mak aku time tu penat, sebab baru setel wat keje dapur.. tengah duk baring2 tengok tv tu, aku duk suruh dia lagi.. mak nak lempeng pisang lempeng pisang.. Aku nak lempeng pisang gak sebab aku x penah makan lempeng pisang, pastu tertengok pulak resipi lempeng pisang dalam buku resipi mak aku.. tu yg menjadi2 naknye tu..

Agaknye ayah aku bosan duk dengar aku duk push mak aku pasal lempeng pisang tu, terus dia terkam aku dan bagi satu lempeng di pipi aku, "Haaa! Amik mum nak sangat lempeng pisang! Lempeng pisang! Lempeng pisang!" Terdiam terus aku lepas tu, tak sangka ayah aku naik angin bila aku terus mengepush bininye untuk buat benda yang mungkin xde dalam umah tu.. yerlaaa.. aku pun x tau masa tu ada pisang ke x.. huhuhuhu.. lepas tu kang, aku dah x paksa mak aku dah untuk wat apa2, takut dapat makan lempeng kat pipi lagi.. (tapi kalu nak push jugak, jangan ckp depan ayah aku.. huhuhu.. sebab tu aku takut nak mintak apa2 ngan ayah aku :P )

Oh ye.. camne aku ley dapat garang nih.. urrmmm.. aku rasa dua faktor.. satu sepupu aku, Kak Na.. dia penah jadi pengasuh aku masa tah umur aku berapa.. tapi ada laaa dalam memori aku, dia kunci pintu umah tak nak bagi turun balik, dan kepala dia bertuala sebab baru lepas mandi.. aku kompem nakal time tu, sebab satu lagi faktor aku garang, orang gaji keluarga aku, Kak Kah (Nama betul dia Nasikah) masuk dalam bilik mak aku bawak rotan sebab nak piap aku. Masa tu aku sembunyik dari dia tapi dia tau mana aku semunyik.. aduyaiii.. kepala masa tu tak kreatif lagi untuk cari tempat persembunyian.. tapi kompem aku nakal sungguh laa time tu.. pantang pintu rumah terbukak, cungggg aku kuar dari umah..

Pantang padang sekolah banjir sebab hujan, cunggggg.. aku dah masuk dalam air, mandi air campur ngan taik lembu tu.. gi ikut member2 sekampung gi taguk ikan kat lubang kat padang tu, gi main air dalam tali parit depan rumah.. huhhhh.. pantang sungguh aku ngan tempat berair ni, kompem masuk dalam.. kecuali Sungai Terengganu tu.. huhu.. dalam..

So pendek kata.. didiklaaa anak2 kita dengan cara yang baik, dengan penuh nilai Islam, dan apa2 lagi laaa sebab aku lum kawen pun lagi.. lum reti nak didik anak sendiri pun lagik.. :P aku tingat lagi, mak aku ajar aku solat dalam bilik dia.. masa tu aku pakai kemeja pijama aku, dan seluar dan tak pakai telekung solat pun untuk solat.. macam orang laki jer aku tengok solat dalam cermin depan aku masa tu.. hahahahaha

Tapi satu benda laa.. mak ayah aku ni didik aku agak kelelakian sket.. ada keee ayah aku gi belikan senapang (sebab leh share ngan adik2 lelaki dua orang bawah aku tu).. aku pun duk tingat lagi aku duk depan cermin rotan yang dibuat sepupu aku, sikat rambut ala budak laki, kemudian cungggggg.. dah sampai bawah dah.. :P

Paddlepop yeaaa! :D