Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha... hari yang sangat mulia bagi mereka yang mengerti makna yang tersembunyi di sebaliknya.. dan hari untuk berehat bagi yang tidak faham apa yang ada di sebalik perkataan Haji, Korban dan Adha...
Sebagaimana yang aku alami ketika bersolat raya di Masjid Lawas tadi. Sebaik saja aku memberi salam dan berpaling ke belakang, kejutan yang aku alami bila melihat tiada siapa yang mengisi saf di belakang aku, sedangkan jemaah wanita agak ramai. Ketika itu, aku berada di saf kedua di bahagian wanita bersolat (tingkat atas). Kemudian, kejutan kedua aku.. masjid seolah-olah bertukar menjadi pasar. Jemaah wanita yang tidak menghormati masjid, dan tidak tahu yang mulut harus ditutup ketika khutbah dibaca, terusan bercakap tanpa henti. Aku sangka mereka akan mengangkat kaki, rupanya sampai habis khutbah, khutbah mereka juga turut berlangsung. Hinggakan aku sendiri tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba disampaikan oleh Imam yang berada di atas mimbar. Ingin saja aku berpaling ke belakang melihat mereka dan memberi jelingan tajam, tapi langkah itu mungkin boleh buat aku makin berasap sebagaimana yang aku rasa masa solat Terawih di Ramadhan yang lepas.
Esok Khamis, lusa dah Jumaat.. hari terakhir persekolahan dalam sesi 2010 ni. Ada sekolah lain yang sudah pun mula bercuti hari ini. Ohhh... nak buat macam mana? Aku berada di sekolah yang penuh 'dedikasi', 'komited', dan penuh rasa 'ketanggungjawaban' Ahhh.. malas nak fikir hal sekolah. Asyik buat rasa nak marah saja. Ada-ada saja perkara yang boleh buat aku rasa gatal mulut untuk membalas balik setiap apa saja yang aku dengar atau lihat. Tapi, aku telah dilatih untuk menjadi 'komited', 'dedikasi' dan penuh rasa 'ketanggungjawaban'. Jadi baik saja didiamkan.
Dulunya aku rasa aku patut 'musnahkan' blog ini. Tapi lepas fikir dan fikir dan fikir, ahh.. buat apa aku fikir lebih-lebih tentang orang yang membaca blog aku ini. Kalau ada yang terguris perasaan, boleh dia nyatakan terus padaku. Kalau sekadar memerli, I would like to consider that he's dumb enough for being cynical. Yeappp! Dumb enough. :evil:
Aku teringat pada Jason Law, bekas Project Leader aku di MRCB dulu. Dia memang garang pada tempatnya. Kalau aku ada buat silap, terus saja dia tegur. Kalau banyak kali pula silap aku itu, terus saja dia tengking aku depan orang lain. Malu memanglah malu, tapi tika ini aku berterima kasih pada Jason sebab menjadi seorang ketua yang baik. Sekurang-kurangnya dia jujur, dia tunjuk silap aku walaupun dengan perasaan yang membuak-buak marah. Ada tika pula, walaupun aku mendapat kejayaan yang sekelumit saja, tapi dia tetap mengucapkan tahniah ataupun kata-kata galakan supaya lebih merangsang aku untuk beri dia lebih banyak kejayaan. Sampai bila-bila pun aku akan ingat dia menyebut nama aku yang memberi idea menggabungkan semua sistem yang digunapakai dalam MRCB sekarang, bukan nama orang lain. Dan sampai bila-bila pun aku akan ingat dia puji bihun goreng yang aku buat lebih sedap dari yang kami makan di open house Bank Islam. Kebetulan pula majlis Hari Raya Jabatan IT MRCB sama hari dengan Bank Islam. :D (Bukan nak puji aku pandai masak naaa... cuma aku appreciate sangat kalau dia cakap sebab dia memang betul-betul jujur - agaknya aku ada terwaris sikit 'kejujuran' dia tu)
Dan sampai sekarang aku tidak akan menjawab 'tidak tahu' atau 'I don't know' sekiranya aku masih boleh menyatakan apa yang aku tahu. (Lainlah kalau memang benar-benar aku tidak tahu) Sebab itu ada saja jawapan dari mulut aku walaupun yang tidak menjawab soalan langsung, sebab aku sendiri terlupa untuk menjawab 'tak tau' atau 'donno'. (Tapi kalau datang malas aku nak layan sesiapa, keluar saja ayat keramat tu - ayat penghalau namanya :P )
Terima kasih banyak Jason. I'm sorry for troubling you so many times, especially when you had to deal with Mr. Ho... the truth is, you are not my nightmare, but Mr Ho is and still is.. so scaryyyyy!
Dan korang... Selamat Hari Raya Haji. Teruskan takbir sehingga hari Sabtu...
